الموضوع: Al Mahdi Al Muntadhar Mengumumkan Kepada Manusia, Rahasia Tarikh 8 April 2005..

النتائج 1 إلى 1 من 1
  1. افتراضي Al Mahdi Al Muntadhar Mengumumkan Kepada Manusia, Rahasia Tarikh 8 April 2005..


    اقتباس المشاركة 255925 من موضوع Al-Qur'an Adalah Risalah Syamilah Untuk Manusia Dan Jinn, Yang Mengandungi Seluruh Kunci Keghaiban Termasuk Peristiwa-peristiwa Besar Lagi Penting Dari Awal Hingga Akhir..

    اليماني المنتظر يُعلن للبشر سرّ تاريخ ثمانية أبريل 2005..

    - 4 -


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
    28 - 01 - 1428 هـ
    16 - 02 - 2007 مـ
    ــــــــــــــــــــ



    اليماني المنتظر يُعلن للبشر سرّ تاريخ ثمانية أبريل 2005..

    Al Mahdi Al Muntadhar Mengumumkan Kepada Manusia, Rahasia Tarikh 8 April 2005..


    بسم الله الرحمن الرحيم، من اليماني المنتظر الناصر لمحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، الإمام ناصر محمد اليماني إلى الناس أجمعين، والسلام على من اتبع الداعي إلى الصراط المُستقيم، وبعد..

    Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, dari Al Yamani Al Muntadhar Pembela Muhammad Rasulullah SAW, Al Imam Naser Mohammed Al Yamani kepada manusia seluruhnya, salam ke atas mereka yang mengikuti penyeru ke jalan yang lurus, selanjutnya..


    يا أيها الناس هل أنتم أحياء أم أنهُ لا حياة لمن تُنادي
    {وَمَا أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ‌ ﴿٢٢﴾}
    [فاطر] ، فكم أذكر وكم أكرر أني أنا اليماني المنتظر الإمام الثاني عشر من أهل البيت المُطهر، فلا أتغنى لكم بالشعر ولا مُبالغ بالنثر ولم أكن من الشيعة الاثني عشر من الذين يعتقدون باثني عشر إماماً من أهل البيت المُطهر وذلك حقّ ومن ثم ينتظرون ثلاثة عشر إماماً، وذلك لأنهم يؤمنون باليماني المنتظر وأنَّ أهدى الرايات رايته وأنه يدعو إلى الحقّ ويهدي إلى صراطٍ مُستقيمٍ، ومن ثم يُحقّرون من شأنه بأنه ليس إلا مُمهِّدٌ للمهدي المنتظر، والذي جعلوا ميلاده من قبل قدره المقدور في الكتاب المسطور، ومن ثم خبَّأوه في ظُلمات سرداب سامراء وأغلبهم في شكٍ منهُ مريب ويخشون أن يكون ذلك الرجل مجرد أسطورة مُفتراة، ولكن منهم من تأخذه العزة بالإثم رغم شكِّه في شأن المدعو محمد الحسن العسكري فقد ظهر القمر بل صار بدراً في وسط السماء ولم يشاهده الشيعة الاثني عشر والذي حال بينهم وبين رؤية القمر هو سرداب سامراء، ولا أظُن من كان في سرداب مُظُلم سوف يُشاهد القمر حتى ولو كان بدراً في وسط السماء، وذلك لأنه في ظُلمات بعضها فوق بعض كظُلمات في بحر لُجّي يغشاه موج من فوقه موج من فوقه سحاب ظُلمات بعضها فوق بعض إذا أخرج يده لم يكد يراها، ومن لم يجعل الله لهُ نوراً فما لهُ من نور.

    Wahai manusia, adakah kalian ini orang-orang yang hidup ataukah tiada kehidupan bagi mereka yang engkau seru

    dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar. (22)
    [Faathir]


    Betapa sering aku menyatakan dan betapa sering aku ulangi, bahawasanya aku adalah Al Yamani Al Muntadhar, Imam yang ke duabelas dari Ahlul Bayt yang suci, aku tidak menyanyikan syair untuk kalian dan tidak pula berpuisi, aku tidak termasuk kalangan Syi'ah Al Itsnaa 'Asyr, dari kalangan mereka yang mempercayai adanya 12 Imam dari Ahlul Bayt yang suci padahal ianya benar ada duabelas, lalu mereka menunggu adanya 13 Imam pula.

    Demikian itu kerana mereka percaya kepada Al Yamani Al Muntadhar, bahawa panji yang paling mendapat petunjuk adalah panjinya, dia menyeru kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang lurus, lalu kemudian kelompok Syi'ah Al Itsnaa 'Asyr memandang rendah terhadap urusannya, dengan mengatakan dia itu hanyalah orang yang mempersiapkan dan memudahkan jalan bagi Al Mahdi Al Muntadhar, yang mereka telah jadikan kelahirannya sebelum datangnya ketetapan yang telah ditentukan dalam Kitab Yang Tertulis.

    Lalu mereka menyembunyikannya pula dalam kegelapan Sirdab (ruangan bawah tanah) di Samarra, dan kebanyakan mereka berada dalam keraguan yang membingungkan, mereka khuatir yang demikian itu hanya mitos yang direkayasa, akan tetapi ada antara mereka yang telah bangkit kesombongan dalam dirinya hingga melakukan dosa, meskipun ada keraguan padanya terhadap urusan orang yang dinamakan Al Hasan Al 'Askari, padahal sesungguhnya bulan telah tampak, bahkan ia telah menjadi bulan penuh di tengah langit, namun Syi'ah Al Itsnaa 'Asyr tidak melihatnya (kebenaran).

    Apa yang menghalangi mereka melihatnya adalah Sirdaab Samarra, aku tidak fikir kelak orang yang berada dalam Sirdaab yang gelap akan dapat melihat bulan sungguhpun ianya bulan purnama penuh yang jelas di tengah langit, demikian itu kerana dia berada dalam kegelapan-kegelapan, yang sebahagian kegelapan itu di atas sebahagian kegelapan lain, seperti gelap gulita di lautan dalam yang diliputi ombak, yang di atasnya ada ombak lagi, yang di atasnya ada awan, kegelapan yang bertindih-tindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah, maka tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.



    فلا تلوموني يا معشر الشيعة الاثني عشر في خطابي اللاذع والموجه إليكم خاصة وللمسلمين عامة، فأنتم أعلم بشأن المهديّ المنتظَر وأحاطكم الله عنهُ بكثيرٍ من الخبر ولكنكم عصيتم الأمر وسميتموه بغير اسمه، وجعلتم ميلاده من قبل القدر المحتوم في زمانه المعلوم، فقد طفح الكيل منكم، وتالله إنكم لتعرفون شأني وبالذات عُلماؤكم كما كان معشر اليهود يعرفون بشأن محمد رسول الله - صلى الله عليه وسلم - حتى إذا جاءهم بالحقّ أنكروا أمره برغم أنهم يرونَه ينطق بالحق، وأنتم تعلمون بأني أنطق بالحقّ وجئت مُصدقاً لكثير من الروايات والأحاديث الحقّ التي بين أيديكم من أئمة أهل البيت، إلا المُفتراة والتي كانت نتيجة لاستعجال أناس منكم لهذا الأمر أو بسبب فتنة المُبالغة في أهل البيت بغير الحقّ، فمنكم من يدعو أئمة أهل البيت من دون الله كمثل دُعائه يا علي أو يا حُسين، فما أشبهكم بالنّصارى الذين بالغوا في ابن مريم بغير الحقّ غير أنهم زادوكم بأن جعلوه ولد الله سُبحانه وتعالى عما يقولون علواً كبيراَ
    {لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِ‌يكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْ‌هُ تَكْبِيرً‌ا ﴿١١١﴾}
    [الإسراء].

    Janganlah kalian mencelaku wahai sekalian Syi'ah Al Itsnaa 'Asyr mengenai ucapanku yang tajam ini, yang ditujukan kepada kalian secara khusus dan kepada umat Islam secara umumnya, kerana kalian lebih mengetahui akan perkara Al Mahdi Al Muntadhar, Allah telah mengajarkan kepada kalian mengenainya dari hadits, akan tetapi kalian telah menyalahi perintah Allah dan memberikan nama pada Al Mahdi dengan nama lain dari namanya yang sebenar.

    Kalian juga telah menjadikan kelahirannya sebelum datang ketetapan yang telah ditakdirkan di zamannya yang telah ditentukan, kalian telah melampaui batas dan menjadi-jadi berbuat keburukan, demi Allah, sebenarnya kalian tahu urusanku ini secara peribadi, ulama kalian seperti ulama Yahudi yang mengetahui urusan Muhammad Rasulullah SAW, sehingga tatkala Nabi SAW datang kepada mereka membawa kebenaran mereka mengingkari urusannya, meskipun mereka menyadari bahawa Nabi SAW mengatakan yang hak.

    Kalian tahu bahawa aku mengatakan yang hak, aku datang untuk membenarkan kebanyakan dari riwayat dan hadits yang hak, yang ada pada kalian dari para imam Ahlul Bayt, kecuali hadits yang direkayasa, yang merupakan hasil dari ketergesaan manusia dari kalangan kalian mengenai urusan ini, atau disebabkan berlebih-lebihan terhadap Ahlul Bayt tanpa alasan yang benar.

    Ini kerana ada di antara kalian yang berdoa kepada selain Allah, kalian berdoa kepada para imam Ahlul Bayt, seperti menyeru Ya Ali, Ya Hussain, alangkah serupanya kalian ini dengan kaum Nasrani yang berlebih-lebihan terhadap Putra Maryam tanpa alasan yang benar, hanya sahaja mereka melebihi kalian dengan menjadikan Isa Putra Maryam sebagai anak Allah, Maha Suci Allah dan Maha Luhur Dia dari apa-apa yang mereka katakan terhadap-Nya, Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar

    Allah tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya. (111)
    [Al Israa]


    فقد طفح الكيل منكم يا معشر الشيعة الاثني عشر لماذا لا تعلنون بهذا الأمر رغم خشية الذين اطّلعوا منكم على هذا الأمر بأن أكون المهديّ المنتظَر وهم لهُ مُنكرون، فهل ترون بأن الآخرين يقولون لي شيعياً رافضياً وكان سبب قولهم لأني أقول بأنّي الإمام الثاني عشر فحكموا علي بأني من الشيعة ولست منهم في شيء حتى لا يدعون مع الله أحداً من أهل البيت ويعترفون بأسطورة محمد الحسن العسكري المُخبأ في سرداب سامراء، وحتى لا يحلون قتل مُسلم بغير الحقّ كما يفعل أولياؤهم في اليمن فقتلوا آلاف من العسكر الضُعفاء الذين أجبرتهم جبروت الحياة للعسكرة ليسدوا فاقتهم فإذا هم يقتلونهم ويقعدوا لهم في كُل مرصدٍ وكأنهم يقتلون اليهود في المسجد الحرام، فمن ذا الذي أفتاكم بذلك لعنة الله عليه أو عليّ إن لم أكن المهديّ المنتظَر خليفة الله على البشر والإمام الثاني عشر من أهل البيت المُطهر، وأنا اليماني والذي هو بذاته المهديّ الذي فيه تمترون فتظنون بأنه لن يخرج الإمام المزعوم محمد الحسن العسكري من سرداب سامراء ما لم تنتصر ثورة اليماني ومن ثم سوف يظهر المهديّ حتى يُسلّمه اليماني الراية، وتريدون أن تقتلوا في الشعب اليماني حتى تنجح ثورة اليماني، ولكني أنا اليماني يا معشر الشيعة وأعلم اسم الذي سوف يُسلمني راية اليمن وأعلم باسم أبيه وجده، وهو المُمهِّد لي نظراً لأنهُ وحّد اليمن من صنعاء إلى حضرموت إلى أقصى المهرة بثورة حربية قتالية فانتصر في ثورته برغم الدعم الذي تلقاه خصمهُ من دول الجوار عن جهالة منهم، وها هو الراكب يسير من صنعاء إلى حضرموت لا يخشى إلا الله والذئب على شاته.

    Sesungguhnya kalian telah melampaui batas dan menjadi-jadi berbuat keburukan wahai sekalian Syi'ah Al Itsnaa 'Asyr, mengapa kalian tidak mengumumkan perkara ini, meski ada kekhuatiran dari orang-orang yang memerhatikan di antara kalian akan perkaraku ini, mereka khuatir aku jadi Al Mahdi Al Muntadhar sedang mereka mengingkarinya.

    Tidakkah kalian lihat ada kaum lain yang menuduhku Syi'ah Raafidlah disebabkan aku mengatakan bahawa aku adalah Imam ke duabelas, lalu mereka memutuskan bahawa aku ini Syi'ah padahal aku sama sekali tidak termasuk kalangan mereka, meskipun mereka tidak berdoa kepada sesiapapun dari Ahlul Bayt melainkan kepada Allah, namun mereka meyakini mitos Muhammad Al Hasan Al 'Askari yang bersembunyi dalam Sirdaab Samarra.

    Meskipun mereka tidak menghalalkan untuk membunuh muslim tanpa alasan yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh para penolong mereka di Yaman, yang telah membunuh ribuan askar yang tidak berdaya melawan, yang terpaksa jadi askar kerana desakan hidup semata-mata untuk menopang kemelaratan hidup mereka, namun tidak semena-mena Syi'ah Raafidlah memerangi mereka, membunuh mereka dan mengintai mereka dari semua tempat pengintaian, seolah-olah mereka memerangi Yahudi di Masjidil Haram.

    Sesiapa sahaja yang menfatwakan kepada kalian untuk berbuat seperti itu, maka laknat Allah tetap ke atasnya, atau ke atasku sekiranya aku bukan Al Mahdi Al Muntadhar Khalifah Allah untuk manusia, Imam yang ke duabelas dari Ahlul Bayt yang suci dari syirik, aku adalah Al Yamani, yang sebenarnya Al Yamani itu adalah Al Mahdi yang kalian selalu meragu-ragukannya.

    Kalian menyangka Imam yang kononnya Muhammad Al Hasan Al 'Askari itu tidak akan keluar dari Sirdaab Samarra selagi revolusi Al Yamani tidak terjadi, baru kemudian Al Mahdi akan muncul agar Al Yamani dapat menyerahkan panji pemerintahan kepadanya, kalian mahu memerangi rakyat Yaman supaya revolusi Al Yamani berjaya, namun akulah sebenarnya Al Yamani wahai sekalian Syi'ah, dan aku tahu nama orang yang akan menyerahkan panji pemerintahan Yaman kepadaku.

    Malah aku tahu nama ayahnya dan datuknya, dan dialah yang membantu memudahkan jalan ku memandangkan dia telah menyatukan Yaman dari San'aa hingga Hadramaut, dengan cekap dan trampil melalui revolusi perlawanan dengan media cetak, lalu berjaya dalam revolusinya meskipun sokongan yang dia terima adalah bantahan dari negara-negara tetangga kerana kebodohan mereka, inilah dia pengendara kenderaan dapat melakukan perjalanan dengan mudah dari San'aa ke Hadramaut tanpa ada rasa takut kecuali kepada Allah dan serigala yang akan menerkam kambingnya.



    وأُقسم بالله العلي العظيم بأني أعلم بأن اليماني الذي سوف يُسلمني الراية اليمنية أنهُ قائد ثورة الوحدة السيد المُشير علي عبد الله صالح الذين تقاتلونه الآن، وذلك هو اليماني المُمهد، ولم يكن إماماً ولا داعيةَ وإنما قام بقدر من الله لتمهيد بثورة الوحدة بين اليمنين، وقد ميزه الله بصفة العفو ما لم يُميز بهذه الصفة أحد من قادة البشر في هذا العصر وأنتم تعلمون، ولكن للأسف سياسته فاشلة باختيار شلة السوء الذين سرقوا في مناصب اليمن وخيراته وأذلوا شعب اليمن وأكثروا في الأرض الفساد ونهبوا خيرات البلاد، فاختيار الرئيس اليمني لطاقم الحكومة لم يكن حكيماً، وكذلك تصديقه للعرافين والذين يحذرونه من المهديّ المنتظَر كما حذر العرافون فرعون من موسى وهو من الصالحين ولو كان كافراَ لما حذروه شيئاً، فكيف يحذرون من أوليائهم؟ إنما يُحذر العرافون من الصالحين يا فخامة الرئيس علي عبد الله صالح، وذلك الشخص الذي يحذرك منه العرافون أو يحذرونك من قبيلته بل ومن أسرته إنه المهديّ المنتظَر فلا تكن من الجاهلين، وأعلم علم اليقين بأن الضالين سوف يستمرون ثورة بعد ثورة كأمثال الحوثي والذي من ورائه حوثي والذي لا تزال تُحاربه هذه الساعة أثناء صدور هذا الخطاب ولن يستطيع أن يعلم من هو المهديّ المنتظَر غير اليماني قائد ثورة الوحدة الرئيس علي عبد الله صالح، وذلك من خلال مكر العرّافين ضد المهديّ المنتظَر والأسرة التي حذروه بأن مُلكه سوف يزول إليها فإن المهديّ المنتظَر من تلك الأسرة يا أيها الرئيس علي عبد الله صالح، فلن أخبرك من أي أسرة الآن بل عليك أن تعرف أنت من أي أسرة المهديّ المنتظَر حتى تُسلمه الراية، وأما كيف تعلم من أي أسرة فأنت تعلم من أي أسرة حذرك العرافون أولياء الشياطين يلقون إليهم السمع وأكثرهم كاذبون، فمن تلك الأسرة يكون ناصر محمد اليماني.

    Aku bersumpah demi Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, bahawasanya aku tahu Al Yamani yang kelak akan menyerahkan kepadaku panji pemerintahan Yaman adalah pemimpin revolusi kesatuan, tuan ketua penanggung jawab, Ali Abdullah Salleh yang sekarang ini kalian memeranginya, itulah Al Yamani yang mempersiapkan dan memudahkan jalan.

    Dia tidak menjadi pemimpin dan propagandis, hanya sahaja dia telah melaksanakan rovolusi kesatuan antara penduduk Yaman dengan ketetapan dari Allah untuk mempersiapkan dan memudahkan jalan, Allah telah mengistimewakannya dengan sifat pemaaf yang tidak ada pada pada pemimpin manusia di era ini sedang kalian mengetahuinya, namun malang siasat politiknya gagal kerana memilih sekumpulan orang yang buruk, yang telah merampas jawatan-jawatan di Yaman serta kepentingan-kepentingannya.

    Mereka telah menaklukkan rakyat Yaman dan banyak berbuat kerosakan di muka bumi, mereka telah merampok hasil kekayaan negara, maka pemilihan ketua Yaman terhadap ketua-ketua di bahagian pemerintahan yang tidak bijaksana, begitu juga dia membenarkan para peramal yang menyuruhnya untuk mewaspadai Al Mahdi Al Muntadhar, sepertimana para peramal yang memperingatkan Firaun agar berhati-hati terhadap Musa AS padahal Musa termasuk orang yang baik, seandainya Musa itu orang kafir tentu sahaja para peramal itu tidak menyuruh Firaun berwaspada terhadapnya, bagaimana mereka dapat memperingatkan untuk mewaspadai para penolong mereka sendiri
    ?

    Sesungguhnya para peramal itu hanya memperingatkan untuk mewaspadai kalangan yang baik wahai Tuan Presiden Ali Abdullah Salleh, individu yang para peramal itu peringatkan agar engkau mewaspadainya, atau mereka memperingatkanmu untuk mewaspadai kabilahnya sampaikan keluarganya, sebenarnya individu itu adalah Al Mahdi Al Muntdhar, maka janganlah engkau termasuk kalangan yang tidak mengetahui.

    Aku yakin dengan pastinya bahawa orang-orang yang sesat itu kelak akan meneruskan revolusi demi revolusi, seperti Al Houtsi dan orang-orang yang menyokong dibelakangnya, Houtsi dan mereka yang memeranginya pada saat keterangan ini ditulis, mereka itu tidak akan mampu untuk mengetahui siapa dia Al Mahdi Al Muntadhar selain Al Yamani, pemimpin revolusi kesatuan, Ali Abdullah Salleh, demikian itu terjadi melalui rencana para peramal yang menentang Al Mahdi Al Muntadhar, dan keluarga yang mereka peringatkan bahawa kelak akan mengakhiri kerajaannya, Al Mahdi Al Muntadhar adalah dari keluarga itu wahai Presiden Ali Abdullah Salleh.

    Aku tidak akan memberitahumu dari keluarga mana sekarang, namun perlu engkau ketahui dari keluarga mana Al Mahdi Al Muntadhar supaya engkau dapat serahkan panji padanya, adapun bagaimana engkau dapat mengetahui dari keluarga mana, engkau akan tahu dari keluarga yang diperingatkan dan diminta untuk mewaspadai mereka oleh para peramal para penolong syaitan, mereka menghadapkan pendengaran dan kebanyakan mereka adalah pendusta, maka dari keluarga itulah Naser Mohammed Al Yamani.



    وأختم هذا الخطاب بقولي بأن تاريخ ثمانية إبريل (2005) لم ينتهِ بعد، وذلك اليوم هو اليوم الشمسي الأخير، وقد علمناكم من قبل بأن طول اليوم الشمسي سنتين وتسعة أشهر وعشرة أيام فلم ينقضِ هذا اليوم منذ دخولي الإنترنت حتى الساعة، وكما نبأناكم من قبل بأن اليوم الشمسي أقصد به يوم الشمس في ذاتها لقضاء دورتها حول نفسها يستغرق ألف يوم من أيامكم 24 ساعة، وأما الشهر الشمسي فيستغرق ألف شهر من شهوركم القمرية، وأما السنة الشمسية فهي كألف سنة مما تعدون وقد انقضى يوم عرفة (1427) بالنسبة ليوم الأرض وكذلك ليوم القمر ولكنه لا يزال يوم عرفة ساري المفعول بالنسبة للتاريخ الشمسي والذي كان فيه كسوف الشمس يوم الجمعة ثمانية أبريل (2005)أول كسوف في تاريخ الدهر والشهر والذي حدث في يوم الجمعة ثمانية أبريل لعام (2005) ميلادي الموافق بداية ميلاد هلال ربيع الأول (1426)، فانظروا إلى التاريخ هل قد تجاوز الألف اليوم الأرضي منذ 8 أبريل (2005)؟ ولن يخلف الله وعده لعبده حسب ظنكم بأني من الضالين نظراً لأنكم تحسبون بيومكم 24 ساعة حتى إذا جاء هذا اليوم قال بعضكم إنه مجنون! وليس بي جنون، ولكن أكثركم لا يفقه بأنه حسب التاريخ الشمسي في ذات الشمس، فهل تذكرون بأني أول ما أنذرتكم كتبت عنوان الخطاب بالتاريخ الشمسي منذ أول لحظة أدخل الإنترنت كتبت موعد العذاب حسب التاريخ الشمسي ولا أقصد الميلادي بل التاريخ الشمسي في ذات الشمس. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ‌ بِحُسْبَانٍ ﴿٥﴾}
    [الرحمن]

    Aku akhiri risalah ini dengan ucapanku, bahawa tarikh 8 April 2005 belum berakhir lagi, hari itu adalah hari matahari terakhir, sesungguhnya kami telah mengajarkan kepada kalian sebelum ini, bahawa lamanya hari matahari adalah dua tahun, sembilan bulan dan sepuluh hari, dan hari itu belum berakhir sejak aku mula masuk internet hingga saat ini.

    Sebagaimana yang kami telah beritahukan kepada kalian sebelum ini, bahawa hari matahari yang aku maksudkan adalah hari matahari pada matahari itu sendiri, untuk menghabiskan putaran pada paksinya yang mengambil masa seribu hari dari hari-hari kalian yang 24 jam, adapun bulan matahari, maka ianya mengambil masa seribu bulan dari bulan-bulan Qamariah, adapun tahun matahari, maka ianya seperti seribu tahun menurut perhitungan kalian.

    Sesungguhnya hari Arafah tahun 1427 telah berlalu berdasarkan hari bumi dengan hitungan hari mengikut bulan Qamariah, akan tetapi hari Arafah masih berjalan hingga kini berdasarkan tarikh matahari dan yang padanya terjadi gerhana matahari (kusuuf Asy Syams) pada 8 April 2005 awal gerhana dalam sejarah masa dan bulan, yang telah terjadi pada hari Jumaat 8 April 2005 bersamaan permulaan kelahiran hilal Rabiulawwal 1426, maka perhatikanlah oleh kalian akan tarikh, adakah telah melepasi seribu hari bumi sejak 8 April 2005
    ?

    Allah tidak akan memungkiri janji-Nya kepada hamba-Nya sebagimana sangkaan kalian bahawa aku termasuk orang yang sesat, memandangkan kalian menghitung dengan hari kalian 24 jam hinggalah datang hari ini, ada sebahagian kalian mengatakan dia gila
    !

    Aku tidak gila, akan tetapi kebanyakan kalian tidak memahami bahawa ianya mengikut tarikh matahari pada matahari itu sendiri, adakah kalian akan ingat bahawa yang pertama sekali aku peringatkan kalian, yang telah aku tulis judul risalah dengan tarikh matahari sejak detik pertama aku memasuki internet, aku telah tuliskan waktu azab seksaan mengikut tarikh matahari, aku tidak maksudkan tarikh masehi akan tetapi tarikh matahari pada matahari itu sendiri.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. (5)
    [Ar Rahmaan]



    فأما السنة القمرية فهي بحسب أيامكم 360 يوم وأما السنة الفلكية الشمسية فهي 360 ألف يوم بحسب أيامكم، ولو تقومون بتحويل هذه الأيام إلى سنين فسوف يظهر لكم ناتج السنة الشمسية
    {كَأَلْفِ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ ﴿٤٧﴾}
    [الحج] في منتهى الدقة لقوم يعلمون، ومن استطاع إرسال هذا الخطاب إلى السيد الرئيس علي عبد الله صالح فليفعل، وإن أبى علي عبد الله صالح تسليمي القيادة فسوف يظهرني الله عليه وعلى جميع قادات البشر في ليلة واحدة وهم من الصاغرين وإلى الله تُرجع الأمور.

    Adapun tahun Qamariah, maka ianya mengikut hitungan hari-hari kalian 360 hari, adapun tahun astronomi matahari, maka ianya adalah 360 ribu hari mengikut hitungan hari kalian, sekiranya kalian mengubah (melakukan konversi) terhadap hari-hari ini kepada tahun-tahun, maka kelak akan tampak bagi kalian keputusan tahun matahari

    adalah seperti seribu tahun mengikut hitungan kalian
    [Al Hajj:47]

    dengan sangat tepat bagi kaum yang mengetahui.

    Sesiapa yang dapat menghantar risalah ini kepada Tuan Presiden Ali Abdullah Salleh maka laksanakanlah, sekiranya Ali Abdullah Salleh enggan dan menolak untuk menyerahkan kepimpinan kepadaku, maka kelak Allah akan menzahirkanku kepadanya dan kepada seluruh pemimpin manusia pada suatu malam sedang mereka dalam keadaan tunduk patuh, hanya kepada Allah kembalinya segala urusan.



    ومن اهتدى فلنفسه ومن أضل فإنما يضل عليها، فإن كنت كاذباً فعليَّ كذبي وإن كنت صادقاً
    {فَسَتُبْصِرُ‌ وَيُبْصِرُ‌ونَ ﴿٥﴾ بِأَييِّكُمُ الْمَفْتُونُ ﴿٦﴾}
    صدق الله العظيم [القلم].

    Sesiapa yang mendapat petunjuk, maka petunjuk itu untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka sesungguhnya dia semata-mata sesat buat kerugian dirinya sendiri, jika aku berdusta, maka aku yang menanggung kedustaanku, namun jika aku benar

    Maka kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir)pun akan melihat, (5) siapa di antara kamu yang gila. (6)
    Maha Benar Allah
    [Al Qalam]



    الإمام ناصر محمد اليماني..

    Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
    ـــــــــــــــــــــ

    >sumber<

    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 1
    آخر مشاركة: 09-06-2019, 01:12 AM
  2. مشاركات: 2
    آخر مشاركة: 14-09-2016, 03:11 PM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 26-06-2016, 01:59 AM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-06-2016, 10:12 PM
  5. مشاركات: 5
    آخر مشاركة: 02-08-2013, 07:01 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •