>المصدر<
الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
ـــــــــــــــــــــ
نصيحة المهديّ إلى من يريد الحقّ ..
Nasihat Al Mahdi Kepada Sesiapa Yang Inginkan Kebenaran..
وسوف أنصحك نصيحة لوجه الله وهي:
أنْ تنيب إلى ربِّك إنْ كنتَ حقاً تريد الحقّ فتتّبِعه، فوالله لن يبصِّرك بالحقّ إلا الحقّ الذي يهدي إلى الحقّ ربِّي وربك الذي يحول بين المرء وقلبه والذي إليه تُحشرون، فأنب إلى الله وقل: "اللهم إنّك أنت الحقّ، فإن كنت تعلم أنّ عبدك يريد أن يعلم الحقّ ليتّبعه، اللهم فبصِّرني بالحقّ واهْدِني إليه إنك أنت السميع العليم ".
Kelak aku akan menasihatimu dengan sebuah pesan, semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, nasihatku:
Hendaklah engkau kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya jika sungguh engkau inginkan kebenaran dan ingin mengikuti kebenaran, demi Allah, tidak ada yang akan memperlihatkan kepadamu akan kebenaran selain Allah Al Haqq
-Yang Maha Benar-
Allah-lah yang akan menunjukimu kepada kebenaran, Tuhanku dan Tuhanmu, yang membatasi antara manusia dan hatinya, kepada-Nya-lah kalian semua akan dikumpulkan.
Maka kembalilah kalian semua kepada Allah dan katakanlah:
“Allaahumma, Ya Allah, sesungguhnya Engkau-lah Al Haqq -Yang Maha Benar-, Engkau Maha Tahu bahawa hamba-Mu ini ingin mengetahui kebenaran supaya dapat mengikutinya..
Allaahumma, Ya Allah, maka perlihatkanlah kebenaran padaku, dan tuntunlah aku untuk menuju kebenaran, sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
ومن ثم تدبّر وتفكّر في بيانات ناصر محمد اليماني تدبّر العقل والمنطق ومن ثم يبصّرك الله بالحقّ فتراه جليّاً ساطعاً كما لو تنظر إلى الشمس حين تشرق فينجلي الظلام ومن ثم تستغرب من المسلمين كيف لا يصدِّقون ناصر محمد اليماني أنّه حقاً الإمام المهديّ لأنك ترى أنّ بياناته لكتاب الله القرآن العظيم هي الحقّ لا شك ولا ريب، فذلك هو هدى الله قد ألقى في قلبك نوراً لتبصر به الحقّ، ولذلك تراه جليّاً واضحاً، ولكن الذين لا يُبصِرون الحقَّ فذلك بسبب أنّ الله لم يجعل لهم نوراً ليُبصِروا به الحقّ، ومن لم يجعل الله له من نورٍ فما له من نور ولا ولن يغني عنه سمعه وبصره شيئاً.
Lalu setelah itu renungkan dan fikirkan keterangan-keterangan Naser Mohammed Al Yamani dengan perenungan akal fikiran dan logik, baru kemudian Allah akan memperlihatkan kebenaran kepadamu, lalu engkau akan melihat kebenaran dengan nyata sejelas-jelasnya, sepertimana engkau lihat matahari ketika ia terbit dan kegelapan menghilang.
Kemudian engkau akan merasa aneh terhadap umat Islam, bagaimana mereka itu tidak membenarkan Naser Mohammed Al Yamani, bahawa dia benar-benar Al Imam Al Mahdi, kerana engkau lihat keterangan-keterangan Naser Mohammed Al Yamani bagi Kitabullah Al Qur’an adalah kebenaran tanpa syak dan ragu lagi.
Demikian itulah hidayah petunjuk Allah yang masuk ke dalam hatimu berupa cahaya, agar dengan cahaya itu engkau dapat melihat kebenaran, kerana itu engkau dapat melihatnya dengan jelas dan nyata.
Namun mereka yang tidak dapat melihat kebenaran itu adalah kerana Allah tidak menjadikan bagi mereka cahaya (disebabkan mereka tidak kembali kepada Allah), supaya dengan cahaya itu mereka dapat melihatnya.
Barangsiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah, maka tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun, tidak akan berguna sama sekali pendengaran dan penglihatan baginya
(tanpa cahaya Allah)
أخوك؛ الإمام ناصر محمد اليماني.
Saudaramu; Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
ـــــــــــــــــــــ
>sumber<