الموضوع: Fatwa Imam Mahdi Mengenai Perayaan Ulangtahun -Maulid Nabi- Larangan Memuja dan Membesar-besarkan Para Nabi dan Al-Imam Al-Mahdi

النتائج 1 إلى 4 من 4
  1. Exclamation Fatwa Imam Mahdi Mengenai Perayaan Ulangtahun -Maulid Nabi- Larangan Memuja dan Membesar-besarkan Para Nabi dan Al-Imam Al-Mahdi



    المصدر:
    https://mahdialumma.net./showthread.php?p=19


    ( فتوى الإمام المهدي في أعياد الميلاد والنهي عن تعظيم الأنبياء والإمام المهدي )

    Fatwa Imam Mahdi Mengenai Perayaan Ulangtahun -Maulid Nabi- Larangan Memuja dan Membesar-besarkan Para Nabi dan
    Al-Imam Al-Mahdi



    -1 -

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    14 - 09 - 2007 مـ
    02:44 صباحاً
    ____________


    قد أفتيت في أعياد الميلاد وقضي الأمر يا ابن عمر فإنها تجلب التعظيم والتعظيم يجلب الشرك..

    Sungguh Aku Telah Berfatwa Tentang Meraikan Ulangtahun Maulid Nabi Dan Perkara Itu Telah Berlalu Wahai Ibnu Umar (Forumer), Bahawasanya Ia Menuju Kepada Pemujaan Dan Pemujaan Membawa Kesyirikan..



    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بتعداد ثواني الدهر حتى تبلغ الشمس المُستقر وعلى من تبعه بإحسان وتبع الناصر له المهدي المنتظر، ثم أما بعد..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

    Sholawat dan salam ke atas Muhammad Rasulullah SAW sebanyak hitungan detik waktu hinggalah matahari mencapai ketetapannya, dan ke atas semua yang mengikuti Nabi dengan ikhlas dan mengikuti pembela Nabi Al-Mahdi Al-Muntazhar, amma ba'd



    قد أفتيت في أعياد الميلاد وقُضي الأمر يا ابن عمر فإنها تجلب التعظيم؛ والتعظيم يجلب الشرك والكفر؛ والكفر يجلب للحياة الخُسر، وليس حقّ رسولك عليك أن تجعل له أعياد ميلادٍ؛ بل سعادته أن تتبعه وتعظم شعائر ربّك، وتُصلي عليه دُبر كل صلاة فتدعو له بالرحمة وأن يجزيه الله بخير الجزاء كما بلّغ الأمر وصبر على إيذاء الكفار حتى النّصر، وإذا أردتم عيداً فلنزول القرآن في شهر رمضان الذي نزل فيه القُرآن فتسألون أنفسكم هل لا تزالون مُتمسكين بما جاء فيه؟ فذلك أحبّ إلى محمدٍ رسول الله من أن تجعلوا له عيدَ ميلادٍ؛ فهل سبب فتنة النّصارى إلا المُبالغة بغير الحقّ في عيد ميلاد المسيح والتعظيم لشخصه؟ وليس تعظيماً لما جاء به حتى ألهاهم التعظيم لشخصه عمّا جاء به حتى بالغوا في ابن مريم بغير الحقّ فدخلوا في الإشراك وقالوا إنه ولد الله وطائفة قالوا بل هو الله وأخرى قالوا بل ثالث ثلاثة، وهل جلب لهم التعظيم غير الكفر يا ابن عُمر؟ فإذا كان محمد رسول الله - صلّى الله عليه وسلّم - أمركم أن تجعلوا له عيدَ ميلادٍ فافعلوا؛ بل نهاكم عن ذلك. وقال عليه الصلاة والسلام :
    [ لا تعظموني كما تُعظم النصارى أنبياءهم ]
    صدق رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم

    Sungguh aku telah menyatakan tentang perayaan ulangtahun kelahiran Maulid Nabi dan perkara itu telah berlalu wahai Ibnu Umar.

    Bahawasanya yang demikian itu dapat membawa kepada pengagungan dan pemujaan sedangkan mengagungkan dan memuja-muja itu dapat membawa kepada kesyirikan dan kekufuran; sedangkan kekufuran pula dapat menyebabkan kerugian dalam kehidupan.

    Tiadalah Rasulmu mewajibkan ke atasmu untuk mengadakan baginya ulangtahun kelahiran, namun kebahagiaan dan kesenangan Nabi Muhammad SAW adalah sekiranya engkau mengikutinya dan mengagungkan syiar-syiar Tuhanmu.

    Nabi SAW menyukai engkau bersholawat ke atasnya di akhir setiap sholat, dengan mendoakan kebaikan untuknya beserta rahmat agar Allah SWT memberikan balasan kepada Nabi SAW dengan sebaik-baik balasan, yang mana Nabi SAW telah sungguh-sungguh berusaha menyampaikan dan bersabar terhadap ucapan dan perlakuan orang-orang kafir yang menyakitkan sehinggalah tercapainya kemenangan.

    Sekiranya kalian inginkan perayaan, maka raikanlah Nuzul Al-Qur'an pada bulan Ramadhan, bulan padanya Al-Qur'an diturunkan.

    Maka bertanyalah kalian pada diri masing-masing, adakah kalian masih berpegang teguh dengan apa-apa yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an
    ?

    Ini kerana yang demikian itulah perkara yang paling dicintai dan disenangi oleh Muhammad Rasulullah SAW, daripada kalian membuatkan untuknya perayaan ulangtahun Maulid Nabi;

    Adakah penyebab fitnah yang menimpa kaum Nasrani selain dari berlebih-lebihan tanpa alasan yang benar dalam meraikan Hari Kelahiran Al-Masih Isa AS dan mengagung-agungkan peribadi Isa
    ?

    Tidaklah mereka itu mengagungkan apa yang dibawa 'Isa AS, bahkan mereka terpesong mengagung-agungkan keperibadian 'Isa AS, daripada mengagungkan wahyu yang dibawanya.

    Sehinggakan mereka itu berlebih-lebihan terhadap Putera Maryam tanpa alasan yang benar menyebabkan mereka jatuh syirik.

    Mereka telah mengatakan bahawa Isa Anak Allah, segolongan lagi mengatakan dialah Allah, dan segolongan lain mengatakan bahawa Isa adalah satu di antara tiga tuhan.

    Bukankah pengagungan mereka ini tidak membawa mereka selain dari membawa mereka kepada kesyirikan wahai Ibnu Umar
    ?

    Sekiranya memang benar Muhammad Rasulullah SAW telah memerintahkan kalian agar mengadakan baginya sambutan Maulid Nabi, maka laksanakanlah;

    Namun Nabi SAW telah melarang kalian berbuat demikian.

    Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda:

    Janganlah kalian mengagung-agungkanku seperti kaum Nasrani telah mengagung-agungkan para Nabi mereka
    Benar sabda Rasulullah SAW


    بمعنى أن لا تشغلوا أنفسكم في ذاته بل انشغلوا بالتعظيم لما جاء به وذلك من تقوى القلوب، وأمّا تعظيم الذات للرسول فيجلب العمى ويذهب النّور، وحقّ محمد رسول الله عليك أن تكثر من الصلاة والسلام عليه، وأن يكون أحبّ النّاس إلى نفسك لدرجة أنك تودّ أهل بيته فتحبهم في الله، وإذا اشتدّ الحُب عند الإنسان فهو يحب أقرباء حبيبه، وتلك آية الحُبّ الكبير، ولا يسألكم محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أجراً إلا المودة في القربى، وإنما ذلك من شدة حبكم لذات نبيكم عليه الصلاة والسلام، وحبكم لمحمد رسول الله إنّما من شدة حبّكم لله الودود فتتبعون ما جاء به فيحببكم الله، وذلك ما يحبّه النبي أن تتبعه فتنهج نهجه وتخطو خطاه على الصراط المُستقيم.

    Bermakna, supaya kalian tidak menyibukkan diri kalian pada diri Nabi, namun agar kalian menyibukkan diri dengan mengagungkan ajaran-ajaran yang dibawa Nabi SAW, dan yang demikian itu timbul dari ketakwaan hati.

    Adapun pengagungan dan pemujaan terhadap diri Rasulullah SAW (tanpa mengikuti ajarannya), maka ia dapat membawa kebutaan dan menghilangkan cahaya.

    Hak Rasulullah SAW ke atasmu adalah engkau memperbanyak sholawat dan salam ke atas Nabi, hingga baginda menjadi manusia yang paling engkau cintai sampai ke peringkat engkau menyukai Ahlul Bayt Nabi dengan mencintai mereka di jalan Allah.

    Ketika kecintaan menjadi kuat dan mantap pada manusia, maka manusia itu akan turut mencintai kaum kerabat orang yang dicintainya, demikian ini merupakan tanda kecintaan yang besar.

    Kerana Muhammad Rasulullah SAW tidak meminta upah dari kalian atas seruan baginda, namun baginda pinta dari kalian agar saling berkasih-sayang dalam kekeluargaan.

    Hanya demikian inilah yang menunjukkan betapa kuatnya kecintaan kalian kepada Nabi kalian -sholawat dan salam terlimpahkan ke atas baginda-, dan kecintaan kalian kepada Muhammad Rasulullah sesungguhnya adalah bahagian dari tanda besarnya kecintaan kalian kepada Allah yang Maha Mencintai.

    Dengan mengikuti ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW, maka Allah akan mencintai kalian. Inilah yang Nabi sukai, agar kalian mengikuti cara Nabi SAW dan tetap menjejaki langkah-langkahnya di Jalan Yang Lurus.


    ولا أعلم بحقوق لميلاد الأنبياء يا ابن عمر، وكُل بدعة ضلالة وكُل ضلالة في النار يا ابن عمر، فكيف تُصدق بأني المهدي المُنتظر ثم تُعارض فتواه بالحقّ يا ابن عمر المُكرم؟ وسبب تحريم أعياد الميلاد لأنها تجلب التعظيم يا ابن عمر، وإذا نجوت من الشرك لم ينجو غيرك، ونور الله قلبك وقوى بصيرتك فإني لا أشاورك لا أنت ولا غيرك في أمر الفتوى؛ بل أتحمل مسؤوليتها تجاه ربي، وإني أريد أن أخرج النّاس من عبادة العباد من الرسل والمُقربين عباداً أمثالكم إلى عبادة ربّ العباد، فلا يشغلكم تعظيم ذات الأنبياء عن تعظيم ما جاء به الأنبياء من شعائر الله، فلماذا لا تجعلون العيد الحقّ ليلة نزول النّور إلى الرسول - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أي عيد نزول القرآن؟ وذلك رحمةٌ للعالمين، وذلك من تعظيمكم للقرآن إن فعلتم وتدارستم ما جاء في كتاب الله العزيز الحكيم فيزيدكم الله نوراً ويشرح به الصُدور، ولكن للأسف فإن المُسلمين قالوا ما دام النّصارى يفعلون عيداً للمسيح عيسى عليه الصلاة والسلام فلماذا لا نفعل مثلهم؟ وفعلتم مثلهم. ومن المُسلمين من يدعو من دون الله محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - فيقول: يا نور القلوب! ولا أعلم بأن محمداً رسول الله نور القلوب؛ بل النّور الذي نزل عليه ليضيء للناس إلى صراط العزيز الحميد. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنْزَلْنَا ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ}
    صدق الله العظيم [التغابن: ٨]

    Aku tidak mengetahui adanya ketetapan untuk mengadakan ulangtahun bagi para Nabi wahai Ibnu Umar.

    Setiap perkara bid'ah adalah sesat dan setiap perkara yang membawa kesesatan itu berada di neraka wahai Ibnu Umar.

    Bagaimana engkau dapat membenarkan bahawa aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, namun engkau menentang fatwa Al-Mahdi dengan kebenaran wahai Ibnu Umar yang dihormati
    ?

    Sebab pengharaman untuk merayakan ulangtahun adalah kerana ia membawa kepada pengagungan, pemujaan dan membesar-besarkan wahai Ibn Umar.

    Sekiranya engkau dapat menyelamatkan dirimu dari jatuh syirik, belum tentu selainmu juga dapat melepaskan diri.

    Semoga Allah menerangi hatimu dan meneguhkan bashirahmu. Sesungguhnya aku tidak meminta pendapatmu, tidak engkau dan tidak juga selainmu dalam urusan berfatwa;

    BAHKAN aku memikul pertanggungjawaban terhadap fatwa ini di hadapan Tuhanku.

    Ini kerana sesungguhnya aku ingin mengeluarkan manusia dari peribadatan kepada hamba-hamba Allah -para Rasul dan orang-orang yang didekatkan-Nya, yang mana mereka itu juga adalah hamba Allah seperti kalian-.

    Supaya manusia keluar (dari peribadatan kepada hamba) menuju peribadatan kepada Tuhan para hamba, agar pengagungan terhadap para Nabi itu tidak menyibukkan kalian dari mengagungkan syiar-syiar Allah yang para nabi bawa.

    Mengapakah kalian tidak menjadikan perayaan yang benar pada malam turunnya An-Nur (Al-Qur'an) kepada Rasul SAW, iaitu merayakan Nuzul Al-Qur'an? Itulah rahmat bagi sekalian alam.

    Demikian itu merupakan bahagian dari pengagungan kalian terhadap Al-Qur'an sekiranya kalian melaksanakannya, dan kalian bertadarus mempelajari isi kandungan Kitabullah Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menambahkan kepada kalian cahaya yang menerangi dan melapangkan dada.

    Akan tetapi sayangnya, kaum muslimin mengatakan selama mana kaum Nasrani membuat perayaan untuk Al-Masih Isa AS, mengapa pula kami tidak melaksanakan seperti mereka
    ?

    Kalian telah berbuat seperti mereka, bahkan ada segelintir dari kaum muslimin yang menyeru selain Allah, yaitu menyeru kepada Muhammad Rasulullah SAW dengan mengatakan:
    Wahai Cahaya Hati
    !

    Aku tidak tahu bahawa Muhammad Rasulullah adalah Cahaya Hati; Padahal cahaya hati adalah An-Nur (Al-Qur'an) yang turun pada Nabi SAW agar menerangi manusia menuju Jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

    Benarlah firman Allah SWT:

    Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya [Al Qur’an] yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (8)
    Allah Maha Benar lagi Maha Agung
    (At-Taghobun)


    وكان محمدٌ رسول الله سراجاً مُنيراً للعالمين بالقرآن يا ابن عمر، والله هو النّور ومن لم يجعل الله له نوراً فما له من نور.

    Muhammad Rasulullah SAW menjadi cahaya yang menerangi seluruh alam dengan Al-Qur'an wahai Ibnu Umar, sedang Allah SWT adalah AN-NUR, dan sesiapa yang Allah tidak jadikan untuknya cahaya maka tiadalah baginya cahaya.


    ولا ينبغي لكم تعظيم المهدي المُنتظر بل هو عبد لله مثلكم؛ بل عظموا ذات ربّكم وشعائره يجعل لكم الله بصراً حديداً، وحقوق الأنبياء الحُبّ والاتّباع وليس أعياد الميلاد فهل أنتم مُنتهون لعلكم تُرشدون؟
    والعظمة لله وحده وأعياد الميلاد تجلب التعظيم يا ابن عمر، والتعظيم يجلب المُبالغة والغلو ثم يأتي بعد ذلك الشرك ثُم الكُفر ثم النار والعياذ بالله الواحد القهّار، فعظموا ربّكم الليل والنّهار خيرٌ لكم من تعظيم عباده، فهل تجدون قول الله إن أنت إلا نذير؟ وكذلك قوله:
    {وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَ‌سُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّ‌سُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ‌ اللَّـهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِ‌ينَ ﴿١٤٤﴾}
    صدق الله العظيم [آل‌عمران]

    Kalian juga tidak patut membesar-besarkan dan mengagung-agungkan Al-Mahdi Al-Muntazhar kerana dia juga hamba Allah seperti kalian;

    Namun agungkanlah Tuhan kalian dan syiar-syiar-Nya, maka Allah akan menjadikan bagi kalian penglihatan yang tajam.

    Hak-hak para Nabi itu adalah kalian mencintai mereka dan mengikuti mereka, bukan dengan merayakan ulangtahun kelahiran mereka, maka apakah kalian akan berhenti melakukan itu agar kalian beroleh petunjuk
    ?

    Keagungan adalah milik Allah semata-mata, sedang perayaan ulangtahun kelahiran itu dapat membawa kepada pengagungan dan pemujaan wahai Ibnu Umar, manakala mengagungkan dan memuja-muja itu dapat membawa kepada berlebih-lebihan melampai batas.

    Lalu seterusnya setelah itu akan datang kesyirikan dan kekufuran, kemudian kesudahannya api neraka -kami berlindung kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dari api neraka-.

    Oleh itu agungkanlah Tuhan kalian pada malam dan siang, sebab itulah yang lebih baik bagi kalian dari kalian mengagungkan hamba-hamba-Nya, kerana bukankah kalian telah menemukan firman Allah SWT
    "Engkau ini tidak lain kecuali hanya sebagai pemberi peringatan"
    ?

    Demikian juga firman-Nya:

    Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang [murtad]? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (144)
    Maha Benar Allah lagi Maha Agung
    (Ali Imron)


    وهل تعلم ماسبب شرك كثير من الشيعة بأهل البيت؟ إنها أعياد الميلاد يا ابن عمر، فازداد تعظيمهم لأهل البيت حتى أن بعض الإخوان الشيعة يدعون أهل البيت من دون الله إلا من رحم ربي منهم، فهل أنتم منتهون؟

    Apakah engkau mengetahui apa penyebab terjadinya syirik dengan Ahlul Bayt pada kebanyakkan dari kalangan Syi'ah
    ?

    Ianya adalah perayaan-perayaan ulangtahun wahai Ibnu Umar, yang mana dengan perayaan-perayaan itu, pengagungan dan pemujaan mereka kepada Ahlul Bayt bertambah, hinggakan ada sebahagian saudara-saudara Syi'ah yang berdoa kepada Ahlul Bayt selain Allah -kecuali sesiapa yang dirahmati Allah di kalangan mereka-
    Maka apakah kalian akan berhenti
    ?



    واقترب الظهور، ويتمّ الله النّور، ويصدّق وعده بالحقّ، وينصر عبده وحده ويظهره على العالمين في ليلةٍ وهم من الصاغرين إن الله على كُل شيء قدير، نعم المولى ونعم النصير. وإن أبيت يا ابن عمر فعليك أن تأتيني بسُلطانٍ مُبينٍ مقنعٍ من كتاب الله وسنّة رسوله ولن تجد ذلك أبداً لا في كتاب الله ولا سُنّة رسوله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بل سوف تجد النّهي عن ذلك وقال رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم:
    [ لا تعظموني كما تُعظم النصارى أنبياءهم ]
    صدق رسول الله عليه الصلاة والسلام وآله

    Waktu kemunculan telah dekat dan Allah SWT akan menyempurnakan cahaya-Nya dan menunaikan janji-Nya dengan haq. Allah SWT sendiri yang akan menolong hamba-Nya.

    Dia akan menzahirkan hamba-Nya kepada seluruh alam pada suatu malam sedang mereka semua tertunduk merendahkan diri.

    Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Dia-lah sebaik-baik Pelindung dan Dia-lah sebaik-baik Penolong.

    Sekiranya engkau menolak wahai Ibnu Umar, maka datangkanlah bukti yang nyata lagi memuaskan dari Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

    Engkau tidak akan mendapati yang demikian itu selama-lamanya, tidak pada Kitabullah dan tidak juga dalam Sunnah Rasul-Nya SAW.

    BAHKAN kelak engkau akan menemukan LARANGAN terhadap perkara demikian itu.

    Rasulullah SAW telah bersabda:

    [Janganlah kalian mengagung-agungkanku seperti kaum Nasrani telah mengagung-agungkan para Nabi mereka]
    Benar sabda Rasulullah SAW


    ولكنكم خالفتم أمره فجعلتم له عيدَ ميلادٍ كما تفعل النّصارى وإنكم لخاطئون فهل أنتم منتهون؟ وإنا لله وإنا إليه لراجعون..

    Akan tetapi kalian telah menyalahi perintah Rasulullah SAW, dengan menjadikan untuk Nabi SAW perayaan Maulid Nabi sebagaimana kaum Nasrani melakukannya, dan dengan ini sesungguhnya kalian telah melakukan kesalahan, maka adakah kalian akan berhenti (melakukannya)
    ?

    Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sesungguhnya kita pasti akan kembali kepada-Nya.



    المُفتي بالحقّ الإمام ناصر محمد اليماني.

    Mufti dengan KEBENARAN

    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani

    __________________


    sumber:
    https://mahdialumma.net./showthread.php?p=19


  2. افتراضي { إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيّ يَا أَيّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا }


    -2 -


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani

    03- 03 - 1429
    هـ
    11- 03 - 2008
    07:19
    مساءًا
    ــــــــــــــــ


    {
    إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيّ يَا أَيّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا}

    Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersholawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kalian ke atasnya dan sampaikan salam penghormatan yang sempurna



    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جميع الأنبياء والمرسلين وآلهم الطيبين إلى خاتم مسكهم محمد رسول الله-صلّى الله عليه وآله وسلّم -تسليماً كثيراً، وبعد..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sholawat dan salam ke atas seluruh para Nabi dan Rasul, juga ke atas keluarga mereka yang suci hingga ke Nabi Penutup Muhammad Rasulullah, semoga Allah bersholawat ke atasnya dan keluarganya dan menyampaikan salam penghormatan yang tak terkira, wa ba'd..


    قال الله تعالى: { إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيّ يَا أَيّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} صدق الله العظيم [الأحزاب:56]

    Allah Ta'ala berfirman:

    Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersholawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kalian ke atasnya dan sampaikan salam penghormatan yang sempurna
    Maha Benar Allah
    [Al-Ahzab]


    اللهم صلِّ وسلم وبارك على محمد رسول الله وآله الطيبين الطاهرين وسلّم تسليماً كثيراً.

    Ya Allah, sampaikan sholawat dan salam serta keberkahan ke atas Muhammad Rasulullah dan keluarganya yang bersih lagi suci, dan sampaikan salam penghormatan yang tak terhingga ke atas mereka.


    ويا معشر المُسلمين، إني لا أجد عيد الميلاد للرسل لا في كتاب الله ولا سُنّة رسوله -صلّى الله عليه وآله وسلّم -بل وجدت النّهي عن ذلك. وقال محمد رسول الله: [ لا تعظموني كما تُعظم النّصارى أنبياءهم ]، ويقصد عدم التعظيم لذاته عليه الصلاة والسلام فنجعل له عيدَ ميلادٍ كما يفعل النّصارى أعياد الميلاد جيلاً بعد جيلٍ حتى بالغوا في نبيهم بغير الحقّ وقالوا أنه ولد الله سبحانه، ومن ثم ازدادوا مبالغةً مع الأجيال وقالوا بل هو الله ذاته! سبحانه وتعالى عما يصفون علواً كبيراً.

    Wahai sekalian muslimin, sesungguhnya aku tidak menemukan adanya perayaan ulangtahun kelahiran bagi para Rasul, tidak pada Kitabullah dan tidak pula pada Sunnah Rasul-Nya SAW, bahkan aku menemukan larangan untuk merayakannya.

    Muhammad Rasulullah SAW bersabda:

    Janganlah kalian mengagung-agungkanku seperti kaum Nasrani mengagung-agungkan para Nabi mereka

    Maksudnya agar meniadakan pengagungan terhadap diri Nabi SAW, dengan mengadakan untuk Nabi SAW perayaan maulid sebagaimana perayaan ulangtahun kelahiran yang diperbuat oleh kaum Nasrani untuk Nabi mereka.

    Perayaan ulangtahun yang dirayakan dari generasi ke generasi turun temurun, hinggakan mereka berlebih-lebihan terhadap Nabi mereka tanpa alasan yang benar, dengan mengatakan (terhadap Nabi mereka) bahawa dia ('Isa AS) adalah anak Tuhan, Maha Suci Dia.

    Lalu kemudian mereka semakin bertambah melebih-lebihkan Nabi bersama berlalunya beberapa generasi hingga mereka mengatakan, bahkan dia adalah Allah itu sendiri! Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi dari apa-apa yang mereka sifatkan, Maha Luhur Dia lagi Maha Besar.



    ويا معشر المسلمين إن كنتم تريدون أن تعلموا حقّ خاتم الأنبياء والمرسلين عليكم، فحقّه أن تحبّوه أشدَّ من حبّكم لآبائكم وأمهاتكم وأبناءكم وذلك من عظمة حبّكم لربّكم الله ربّ العالمين، وكذلك تصلّون عليه وتسلموا تسليماً فلا تبالغون في نبيكم بغير الحقّ، ولم يأمركم أن تجعلوا له عيدَ ميلادٍ بل تلك بدعة في الدين كما جاء بتلك البدعة النّصارى، وهاهم يعبدون المسيح عيسى بن مريم من دون الله، فهل أنتم مُنتهون؟.

    Wahai sekalian muslimin, sekiranya kalian benar-benar ingin mengetahui hak Penutup Para Nabi dan Rasul ke atas kalian, maka haknya adalah supaya kalian benar-benar mencintainya melebihi kecintaan kalian pada bapak-bapak kalian, ibu-ibu kalian dan anak-anak kalian.

    Demikian ini merupakan bahagian dari besarnya cinta kalian pada Tuhan kalian Allah Tuhan Semesta Alam, demikian juga hak Nabi adalah kalian bersholawat ke atasnya dan menyampaikan salam penghormatan yang sempurna untuknya.

    Maka janganlah berlebih-lebihan pada Nabi kalian tanpa alasan yang benar,
    Nabi SAW tidak memerintahkan kalian untuk mengadakan perayaan maulid untuknya.

    Bahkan ianya merupakan perkara baru (bid'ah) dalam agama, sepertimana bid'ah yang telah diperbuat oleh kaum Nasrani. Inilah mereka yang menyembah Al-Masih 'Isa Putra Maryam selain Allah, maka adakah kalian mahu menghentikan perbuatan kalian itu
    ?.



    وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..

    أخوكم؛ الإمام الناصر لمحمد رسول الله والقرآن العظيم؛ المهدي المنتظر ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara kalian; Pemimpin Yang Membela Muhammad Rasulullah dan Al-Qur'an yang agung; Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani.

    ـــــــــــــــــــــــــــ


    sumber:

    https://mahdialumma.net./showthread.php?p=34919


  3. افتراضي Perintah Larangan Kepada Para Aulia Agar Tidak Membesar-besarkan Al-Mahdi Dengan Sesuatu Yang Tiada Layak Baginya Read more: http://www.mahdi-alumma.com/showthread.php?17641-Perintah-L


    {{أمرُ نهيٍّ إلى جميع الأولياء عن تعظيم المهدي بما ليس له بحقّ..}}

    Perintah Larangan Kepada Para Aulia Agar Tidak Membesar-besarkan
    Al-Mahdi Dengan Sesuatu Yang Tiada Layak Baginya


    - 3 -

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
    09-
    16-2007, 04:21 am



    أمرُ نهيٍّ إلى جميع الأولياء عن تعظيم المهدي بما ليس له بحقّ..


    Perintah Larangan Kepada Aulia Dari Berlebihan
    Menyanjung Al-Mahdi Dengan Sesuatu Yang Tiada Layak Baginya


    بسم الله الرحمن الرحيم

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    إخواني وأوليائي وخلّاني وأصدقائي وأحبابي، السلام عليكم وعلى جميع عباد الله الصالحين، وبعد..


    ,Saudara-saudaraku, pengikut-pengikutku, teman-teman dekat, sahabat handai, kesayanganku, salam sejahtera ke atas kalian dan semua hamba-hamba Allah yang sholeh, wa ba'd


    لا ينبغي لكم تعظيمي بما ليس لي بحقٍّ كما لاحظت في بعض الخطابات لنا فيقول لي ذو الجلال والإكرام!! وسبحان الله ربّ العالمين! إنما ذلك القول وصف ربّ العالمين؛ صفة للربّ وليس للعبد الحقير الصغير، فأين الجلال فيه وأين الإكرام؟ يا سبحان الله! و كذلك الذين يُنادون ملوكهم فيقولون صاحب الجلال؛ بل الجلال لله والكبرياء له والعظمة رداءه، فلا تنازعوا فيها ربّكم فيعذبكم عذاباً عظيماً واتبعوني أهدكم صراطاً ___________مُستقيماً.

    Tidak boleh bagi kalian membesar-besarkanku dengan sesuatu yang aku tidak berhak untuk itu, seperti yang aku perhatikan pada sebahagian tulisan-tulisan kepada kami, ada yang mengatakan padaku Dzul Jalaali wal Ikraam - Pemilik Keagungan dan Kemuliaan!! Maha Suci Allah Tuhan Semesta Alam!

    Sesungguhnya kata-kata itu hanyalah untuk mensifati dengan menyatakan dan menjelaskan sifat Tuhan Semesta Alam; ia merupakan sebuah sifat bagi Tuhan dan bukan sifat untuk hamba yang rendah lagi hina, kerana di mana kemegahan yang ada pada hamba, dan di mana pula letak kemuliaannya?
    Ya Subhanallah! Aduhai Maha Suci Allah!

    Demikian juga tidak layak bagi orang-orang yang menyatakan kepada pembesar-pembesar mereka dengan panggilan Yang Maha Mulia, Yang Maha Agong-; Padahal Kehormatan, Kemuliaan, Keagungan dan Kebesaran hanya bagi Allah SWT.

    Keagungan dan Kemegahan milik-Nya, Kebesaran dan Kehebatan adalah pakaian-Nya. Maka janganlah kalian merampas dan merebutnya mahu bersaing menandingi Tuhan kalian, kerana kelak Dia akan mengazab kalian dengan azab seksaan yang besar, oleh itu kalian ikutilah aku, maka aku tunjuki kalian Jalan Yang Lurus.


    أخوكم الإمام ناصر محمد اليماني.

    Saudaramu Al-Imam Nasser Mohammed Al-Yamani.

    ـــــــــــــــــــــــــ ـــــــ

    sumber:
    https://mahdialumma.net./showthread.php?p=34920

  4. افتراضي Berita Gembira Yang Menyenangkan, Dengan (Kelahiran) Saudara Perempuan Kalian, Amata An-Na’eem Al-A’dhom..

    >>>المصدر<<<


    - 4 -

    [ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
    Lihat postingan asal keterangan


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    12 - 10 - 1437 هـ
    17 - 07 - 2016 مـ
    10:06 صباحاً
    ـــــــــــــــــــ



    بشرى سارة بأختكم أمَة النعيم الأعظم ..

    Berita Gembira Yang Menyenangkan, Dengan (Kelahiran) Saudara Perempuan Kalian, Amata An-Na’eem Al-A’dhom..


    بِسْم الله الرحمن الرحيم النعيم الأعظم، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي الأنصار السابقين الأخيار من مختلف ألأقطار، لقد وصلت إلى هاتفي آلاف الرسائل من الأنصار بعد أن علموا بأنّ ربي وهب لي مولوداً أنثى، وقد وهبتها لله محرراً من قبل وهي لا تزال في بطن أمّها، وإنّي سمّيتها أمَة النعيم الأعظم، وإنّي أعيذها بالله وذريتها من الشيطان الرجيم، وتقبل الله من عبده وهو السميع العليم.

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang Empunya Kenikmatan Terbesar Redha-Nya.

    Salam sejahtera ke atas kalian, beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya, wahai kekasihku para anshar yang baik dari pelbagai negara, sesungguhnya ribuan mesej telah masuk dalam ponselku dari para anshar, setelah mereka mengetahui bahawa Tuhanku telah mengurniakan kepadaku kelahiran anak perempuan.

    Aku telah menyerahkan urusan anakku pada Allah semata-mata untuk-Nya sebelum ini, sedang dia masih berada dalam perut ibunya, dan aku telah menamakannya Amata An-Na’eem Al-A’dhom.

    Aku mohon perlindungan dengan Allah untuk anak perempuanku dan zuriatnya dari gangguan syaitan yang direjam, semoga Allah mengabulkan doa hamba-Nya sedang Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.



    وكان تاريخ ولادتها بعد غروب شمس السبت ليلة الأحد تاريخ الثاني عشر من شهر شوال لعام 1437 بالتاريخ الهجريّ..
    وإنّي الإمام المهديّ أحرّم على نفسي وعلى أنصاري مناسبات ذكرى أعياد الميلاد في كلّ عامٍ فتلك بدعةٌ، كون أعياد الميلاد بدعةً ما أنزل الله بها من سلطانٍ في محكم القرآن.

    Adapun tarikh kelahirannya ialah setelah terbenam matahari Sabtu malam Ahad, tanggal 12 Syawwal tahun 1437 Hijrah..

    Sesungguhnya aku Imam Mahdi, aku haramkan ke atas diriku dan ke atas para ansharku, untuk mengadakan acara sambutan ulangtahun kelahiran pada setiap tahun sebab ianya bid’ah.

    Ini kerana perayaan ulangtahun itu bid'ah, ia adalah perkara baru yang Allah sekali-kali tidak menurunkan suatu apapun bukti keterangan untuk membenarkannya dalam muhkam Al-Qur’an.



    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين.
    أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul utusan, segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

    Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ــــــــــــــــــــــــ


    sumber:

    https://mahdialumma.net./showthread.php?t=27610

    https://mahdialumma.net./showthread.php?t=27623

المواضيع المتشابهه
  1. Fatwa-fatwa Al Imam Al Mahdi Al Muntadhar Mengenai Ketentuan Puasa
    بواسطة Risalah Allah في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 22-05-2019, 08:57 PM
  2. Fatwa Ya Al'Imam Al'Mahdi Kuhusu Mwili Ulio Wekwa Kwa Kiti Cha Nabi Allah Suleman ...
    بواسطة الراضي برضوان الله في المنتدى Swahili
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 01-03-2018, 06:29 PM
  3. Larangan menggunakan panggilan membesar-besarkan diri oleh para pembesar
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 02-05-2015, 05:15 AM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 05-04-2014, 06:04 AM
  5. مشاركات: 3
    آخر مشاركة: 04-03-2013, 04:56 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •