بياني حتى لو كان طويلاً ففيه حكمةٌ بالغةٌ وليس الأمر هيناً..
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
3 – 12 – 2009 مـ
12:22 صباحاً
__________
بياني حتى لو كان طويلاً ففيه حكمةٌ بالغةٌ وليس الأمر هيناً..
إلى الرجل المؤمن من الصادقين المكرمين..
Bayan keteranganku, meskipun ianya panjang namun padanya terdapat hikmah yang sempurna, ia bukannya suatu perkara yang enteng..
Kepada seorang lelaki beriman dari kalangan orang-orang yang benar lagi dimuliakan..
بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله رب العالمين..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
تقبل الله منك حبيبي في الله، ولكن توجد مشكلة وهي عدم وجود السلطان وذلك لأن برهان العلم شرطٌ رئيسيٌّ في طاولة الحوار، فلا تنسى حبيبي أنهم لم يعترف بعد علماء الأمّة بالمهديّ المنتظَر وبيانك هذا يصلح للأمّة من بعد التصديق والاعتراف بالحقّ لأنهم لم يعودوا بحاجة للإثبات بالبرهان المُبين من مُحكم القرآن لأنهم قد اعترفوا بشأن ناصر محمد اليمانيّ، فعند ذلك لا بأس من الاختصار بالسؤال والجواب المباشر المختصر ولو لم يحمل برهان العلم نظراً لأن الإمام قد صار معروفاً ومُعترفٌ به لدى شعوب البشر أنه المهديّ المنتظَر، وأما الآن فلا نزال في عصر الحوار من قبل الظهور فوجب علينا إثبات الحجّة بالحقّ وإقامة السلطان المُبين بعلمٍ وهدًى من الكتاب المنير لأن الزوار الكسالى سوف يأتون لقراءة هذا البيان ثم ينصرف فيظنّ ناصر محمد اليمانيّ يفتي برأيه من غير علمٍ ولا هدًى ولا كتابٍ مُنيرٍ، ولربما يقوم بنسخ البيان لمشايخ آخرين ثم لا يجدون فيه الحجّة الداحضة لجدالهم، ثم يتجرَؤون للفتوى في أمرنا ويظلموا أنفسهم، ولكن لو كنتَ تنسخ الجواب كاملاً من البيان على تلك النقطة لكان الأمر أفضل ولكن بياني حتى لو كان طويل ففيه حكمة بالغة وليس الامر هين بل شأن المهديّ المنتظَر خليفة الله ولذلك لا نختصر نظراً لأهمية هذا الأمر وتنزيل سلطان العلم المفصل وأضع هذا الأمر للشورى بين الأنصار المكرمين ثم أنظر الرأي الأنسب ونأمر به بإذن الله وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله رب العالمين..
Semoga Allah menerima kebaikan (dengan membuat soal jawab ringkas) darimu wahai kekasihku di jalan Allah, akan tetapi ada satu kemusykilan, ianya adalah tidak adanya hujjah bukti penguasaan, demikian ini kerana hujjah bukti penguasaan ilmu pengetahuan adalah syarat utama di meja bundar dialog antarabangsa ini.
Jangan lupa wahai kekasihku di jalan Allah, bahawa mereka yakni para ulama umat belum lagi mengakui Al-Mahdi Al-Muntadhar.
Bayan keteranganmu (soal jawab ringkas) ini bagus untuk umat setelah adanya pembenaran dan pengakuan terhadap kebenaran, kerana mereka tidak lagi perlu pada pembuktian dan pengesahan bagi bukti keterangan yang jelas dalam muhkam Al-Qur'an, disebabkan mereka telah mengakui urusan Naser Mohammed Al-Yamani.
Maka ketika itu tidak mengapa untuk membuat ringkasan dengan pertanyaan dan jawaban langsung secara singkat, meskipun pada jawaban ringkas itu tidak terdapat hujjah bukti penguasaan ilmu pengetahuan, kerana Imam telah dikenali lagi diakui sebagai Al-Mahdi Al-Muntadhar oleh manusia.
Adapun untuk sekarang ini, kita masih berada di era hiwar sebelum muncul, maka kita perlu membuktikan dan menegaskan hujjah dengan kebenaran, dengan menegakkan bukti nyata dengan ilmu pengetahuan dan petunjuk dari Al-Qur'an yang menjelaskan.
Ini kerana kelak para pengunjung yang malas membaca akan datang untuk membaca bayan keterangan ini, lalu mereka berlalu pergi meninggalkan pembacaan mereka, dengan sangkaan mereka bahawa Naser Mohammed Al-Yamani berfatwa dengan pendapatnya sendiri tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa Kitab yang menerangkan.
Mungkin sahaja pembaca itu akan menyalin bayan keterangan untuk ditunjukkan kepada syaikh-syaikhnya yang lain, lalu mereka tidak menemukan padanya ada hujjah yang dapat menyangkal hujjah mereka.
Kemudian mereka nekad dan berani berfatwa mengenai urusan kita (sebelum mengetahui hujjah dari bayan keterangan) lalu menzalimi diri mereka sendiri, namun sekiranya kamu menyalin jawaban secara lengkap dari bayan keterangan pada suatu titik permasalahan, maka perkara itu lebih utama.
Bahkan bayan keteranganku ini meskipun ianya panjang, namun padanya terdapat hikmah yang sempurna, ianya bukanlah suatu perkara yang enteng, bahkan ianya adalah urusan Al-Mahdi Al-Muntadhar Khalifah Allah, kerana itu kami tidak meringkaskannya, memandangkan betapa pentingnya urusan ini, untuk membawakan hujjah bukti penguasaan ilmu pengetahuan yang terperinci.
Aku letakkan perkara ini untuk musyawarah di antara para anshar yang mulia, lalu kita lihat mana satu pendapat yang sepatutnya diikuti, baru kemudian kami perintahkan untuk melaksanakannya dengan izin Allah.
Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني
Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
__________________
sumber:
https://mahdialumma.net./showthread.php?t=1712