الموضوع: Fatwa-fatwa Imam Mahdi Mengenai Perbankan

النتائج 1 إلى 4 من 4
  1. Post Fatwa-fatwa Imam Mahdi Mengenai Perbankan

    [ فتاوى الإمام المهدي حول البنوك ]

    Fatwa-fatwa Imam Mahdi Mengenai Perbankan


    - 1 -

    لمتابعة رابط المشـاركـــــــــة الأصليَّة للبيــــــــــــــان
    lihat postingan asal keterangan


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    08 - 09 - 1433 هـ
    27 - 07 - 2012 مـ
    09:56 صباحاً
    ـــــــــــــــــــــ


    فتوى القرض من البنوك الإسلاميّة التجاريّة والبنوك الربويّة، والفرق بينهما كالفرق بين الحقّ والباطل ..

    Fatwa mengenai pinjaman dari bank Islami yang berasaskan perniagaan dan bank Ribawi yang berasaskan riba, dan perbezaan antara keduanya itu seperti perbezaan antara yang hak dan yang batil..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدّي محمد رسول الله وآله الأطهار وجميع المسلمين إلى يوم الدين، سلامُ الله عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي الأنصار السابقين الأخيار، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين، أمّا بعد..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad Rasulullah beserta keluarganya yang suci, juga ke atas seluruh kaum muslimin hingga Hari Pembalasan.

    Semoga kesejahteraan dari Allah beserta rahmat-Nya dan keberkahan-Nya tetap ke atas kalian wahai kekasihku para pendahulu anshar yang baik, semoga kesejahteraan tetap ke atas kita dan ke atas hamba-hamba Allah yang sholeh, salam sejahtera ke atas para rasul dan segala pujian hanya bagai Allah Tuhan Alam Semesta, selanjutnya..


    فكم وردت إلينا رسائل خاصّة وعامة عن طلب الفتوى في أخذ القرضِ من البنوك، ومن ثم نفتي بالحقّ، حقيق لا أقول على الله إلا الحقّ:
    إن المستهلكين ليس عليهم وزرٌ شيئاً، وما ينبغي لله سبحانه أن يزيد العبد ظلماً إلى ظلمه، سبحانه! ولا يظلم ربك أحداً. وإنما الإثم على الذين يربون في أموال الناس ثم لم يتوبوا. وقال الله تعالى:
    {الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّ‌بَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّ‌بَا وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّ‌مَ الرِّ‌بَا فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّ‌بِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُ‌هُ إِلَى اللَّـهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ‌ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾ يَمْحَقُ اللَّـهُ الرِّ‌بَا وَيُرْ‌بِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ‌ أَثِيمٍ ﴿٢٧٦﴾ إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُ‌هُمْ عِندَ رَ‌بِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٢٧٧﴾ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُ‌وا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّ‌بَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾}صدق الله العظيم [البقرة].

    Betapa banyaknya surat yang kami terima secara khusus dan umum seputar permintaan fatwa tentang mengambil pinjaman dari bank, untuk itu kami fatwakan dengan kebenaran, sudah selayaknya aku tidak mengatakan terhadap Allah kecuali kebenaran:

    Sesungguhnya tidak ada dosa sedikitpun ke atas para konsumer (pengguna khidmat pinjaman bank), tidaklah layak bagi Allah -Maha Suci Dia- untuk menambahkan kezaliman dan penindasan kepada hamba-Nya yang dizalimi, Maha Suci Dia! Tuhanmu tidak menzalimi sesiapapun.

    Sesungguhnya dosa hanya ke atas orang-orang yang berbuat riba agar bertambah pada harta manusia, lalu mereka tidak bertaubat kepada Allah.

    Firman Allah Ta'ala:

    Orang-orang yang memakan [mengambil] riba, mereka tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran [tekanan] penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata [berpendapat], sesungguhnya jual-beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti [dari mengambil riba], maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu [sebelum datang larangan]; dan urusannya [terserah] kepada Allah. Orang yang mengulangi [mengambil riba], maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (275)

    Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (276)

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak [pula] mereka bersedih hati. (277)

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba [yang belum dipungut] jika kamu orang-orang yang beriman. (278)

    Maka jika kamu tidak mengerjakan [meninggalkan sisa riba], maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya. (279)

    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]


    والسؤال الذي يطرح نفسه: فهل المخاطبين هنا هم المستفيدون أم المستهلكون؟ والجواب في محكم الكتاب في قول الله تعالى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُ‌وا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّ‌بَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾} صدق الله العظيم [البقرة].

    Pertanyaan yang muncul:

    Adakah orang yang ditujukan pada firman ini pihak pemiutang-kreditor/pemberi hutang- atau pihak penghutang-debitor/penerima hutang
    ?

    Jawabannya dalam muhkam Al-Kitab pada firman Allah Ta'ala:

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba [yang belum dipungut] jika kamu orang-orang yang beriman. (278)

    Maka jika kamu tidak mengerjakan [meninggalkan sisa riba], maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya. (279)

    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]



    ويتبيّن لكم أنّ الخطاب موجَّه لمن كان لهم دين الربا ولم يخاطب الذين عليهم الدين بالربا، بل يخاطب الذين لهم دين الربا. وتعلمون علم اليقين أنه يخاطب الذين يربون في أموال الناس من خلال قول الله تعالى:
    {وَإِن تُبتُم فَلَكُم رُؤُوسُ أَموَالِكُم لاَ تَظلِمُونَ وَلاَ تُظلَمُونَ} صدق الله العظيم. ومن ثم تعلمون علم اليقين أنّ الخطاب موجه للذين يربون في أموال الناس ونهاهم الله عن ذلك، وقال لهم بأنّ لهم رؤوس أموالهم فقط فلا يظلموا بطلب زيادة الربا ولا يظلمه المستهلك فيردّ إليه حقاً منقوصاً، بل يردّ إليه رأس ماله الذي اقترضه منه.

    Jadi jelaslah bagi kalian bahawa firman Allah ini ditujukan kepada si pemiutang yang memberikan hutang dengan riba, bukan ditujukan kepada si penghutang yang dibebani oleh hutang riba, bahkan ianya tertuju pada pemiutang yang memberikan hutang dengan riba.

    Kalian mengetahuinya dengan yakin, bahawa ianya ditujukan kepada orang-orang yang membuat riba bertambah pada harta manusia melalui firman Allah Ta'ala:

    Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya.
    Maha Benar Allah

    Dari situ kalian mengetahuinya dengan yakin, bahawa firman ini Allah tujukan kepada orang-orang yang berbuat riba supaya bertambah pada harta manusia, padahal Allah telah melarang mereka berbuat demikian.

    Allah telah nyatakan kepada mereka, bahawa untuk mereka hanya modal pokok mereka sahaja, janganlah mereka menganiaya dan menindas dengan meminta tambahan riba.

    Juga hendaknya janganlah si penghutang menganiaya si pemiutang pula, dengan membayar kurang dari haknya, namun hendaklah si penghutang memberikan kepada si pemiutang modal pokok harta yang dipinjam darinya.



    وتبين لكم بالحقّ أنّ الخطاب من الربّ في محكم الكتاب موجَّه لأصحاب الربا الذين يربون في أموال الناس ونهاهم الله عن طلب الزيادة، وإن أبَوا إلا أخذ الزيادة فتوعدهم الله بحربه حتى يمحق أموال الربا من بين أيديهم. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُ‌وا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّ‌بَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾} صدق الله العظيم [البقرة].

    Maka jelaslah bagi kalian dengan kebenaran, bahawa firman Tuhan dalam muhkam Al-Kitab ini ditujukan kepada para pembuat riba supaya menjadi bertambah pada harta manusia, padahal Allah telah melarang mereka untuk meminta tambahan.

    Jika mereka enggan dan tetap mengambil tambahan, maka Allah memberikan ancaman kepada mereka dengan peperangan dari-Nya sehingga Allah musnahkan harta-harta riba yang ada pada mereka.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba [yang belum dipungut] jika kamu orang-orang yang beriman. (278)

    Maka jika kamu tidak mengerjakan [meninggalkan sisa riba], maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya. (279)

    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]



    وأمّا الذي عليه الدَّين فظلمَه الغنيُّ وأراد منه زيادةً على المال الذي أعطاه؛ فهل يعقل أن يزيده الله ظلماً إلى ظلمه فيحاسبه على الزيادة وهي ليست له بل فرضها عليه صاحب الربا؟ ما لكم كيف تحكمون؟

    Adapun orang yang berhutang, lalu dia dizalimi oleh orang kaya yang mahukan tambahan darinya terhadap harta yang dipinjamkannya; maka adakah masuk akal Allah akan menambahkan kezaliman pada orang yang dizalimi dengan membuat perhitungan terhadapnya atas tambahan, sedangkan bukan si penghutang yang membuatkan adanya tambahan, namun si pembuat riba-lah yang telah menentukan dan mewajibkan adanya tambahan? Ada apa dengan kalian ini, bagaimana kalian ini membuat keputusan
    ?



    وأشهد لله شهادة الحقّ اليقين أتحمّلُ مسؤولية فتواها بين يدي الله بأنّ وزر الربا ليس على المحتاجين أصحاب القرضِ من الوزر شيئاً؛ بل على أصحاب ربا الزيادة؛ بل يدافع الله عن المظلوم ويطلب أن تُنْظروه إلى ميسرةٍ من غير زيادة، وأمر الله الذين لهم المال بالتوبة عن الزيادة وإن لم يتوبوا واستمروا بأكل أموال الناس بالباطل فتوعدهم الله بحرب من عنده حتى يمحق أموالهم. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُ‌وا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّ‌بَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾ وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَ‌ةٍ فَنَظِرَ‌ةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَ‌ةٍ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٢٨٠﴾ وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْ‌جَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّـهِ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ﴿٢٨١﴾} صدق الله العظيم [البقرة].

    Aku bersaksi kerana Allah dengan kesaksian haqqul yakin, aku memikul pertanggungjawaban terhadap fatwa ini di hadapan Allah, bahawasanya dosa riba sama sekali tidak ditimpakan ke atas orang-orang yang mempunyai keperluan, yaitu para peminjam wang; namun dosa riba ditimpakan ke atas para pembuat tambahan riba;

    Bahkan Allah mempertahankan orang yang dianiaya, Dia memerintahkan agar kalian menangguhkan pembayaran bagi orang susah yang berhutang sehinggalah dia berkelapangan tanpa meminta sebarang tambahan, dan Allah telah perintahkan orang-orang yang memiliki harta untuk bertaubat dari meminta tambahan.

    Jika mereka tidak bertaubat dan tetap memakan harta manusia dengan cara yang batil, maka Allah memberikan ancaman kepada mereka dengan perang dari sisi-Nya sehingga Dia memusnahkan harta benda mereka
    .

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba [yang belum dipungut] jika kamu orang-orang yang beriman. (278)

    Maka jika kamu tidak mengerjakan [meninggalkan sisa riba], maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya. (279)

    Dan jika [orang berhutang itu] dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan [sebagian atau semua hutang] itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (280)

    Dan peliharalah dirimu dari [azab yang terjadi pada] hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya [dirugikan]. (281)

    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]


    فانظروا لقول الله تعالى:
    {وَإِن تُبتُم فَلَكُم رُؤُوسُ أَموَالِكُم} صدق الله العظيم، وتبيّن لكم أنّ الخطاب والتهديد والوعيد بحرب الله هو للذين لهم الحقّ فأمرهم الله أن يكتفوا بردّ رؤوس أموالهم فلا يظلمون من عليه الحقّ بطلب زيادة على ما عنده من الحقّ فذلك ظلمٌ، فكيف يزيد الله المظلوم ظلماً؟ بل ينصف الله له من ظالمه. وقال الله تعالى: {يَمحَقُ اللهُ الرِّبَا وَيُربِي الصَّدَقَاتِ وَاللهُ لا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ} صدق الله العظيم [البقرة:276].

    Maka perhatikanlah oleh kalian akan firman Allah Ta'ala:

    Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu
    Maha Benar Allah

    Jelaslah bagi kalian bahawa firman Allah serta ancaman-Nya dengan peperangan dari-Nya ini, adalah bagi orang-orang yang memberikan hutang, yang mana Allah memerintahkan mereka untuk merasa cukup dengan pembayaran pokok harta mereka yang dipinjamkan.

    Hendaklah mereka tidak menindas dan menzalimi orang yang berhutang pada mereka, dengan meminta tambahan bayaran yang melebihi sepatutnya, kerana yang demikian itu merupakan sebuah kezaliman, lalu bagaimana pula Allah akan menambahkan kezaliman dan penindasan pada orang yang memang telah dizalimi dan ditindas
    ?

    Bahkan Allah berbuat adil kepada orang yang berhutang dari kezaliman orang yang menindasnya.

    Firman Allah Ta'ala:

    Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (276)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]



    وأمّا الذين طُلب منهم أضعاف ما عندهم من القرضِ فقد تمّ ظلمهم، وأصحاب الظلم هم أصحاب أضعاف الربا الباطل. وقال الله تعالى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّ‌بَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿١٣٠﴾ وَاتَّقُوا النَّارَ‌ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِ‌ينَ ﴿١٣١﴾} صدق الله العظيم [آل عمران].

    Adapun orang-orang yang meminta pembayaran yang berlipat ganda kepada peminjam dari pinjaman yang mereka dibuat, maka sesungguhnya orang-orang itu telah berbuat zalim kepada mereka.

    Pelaku-pelaku kezaliman dan para penindas itu adalah orang-orang yang meminta pembayaran riba berlipat ganda
    yang batil .

    Allah Ta'ala berfirman:

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. (130)

    Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir. (131)

    Maha Benar Allah
    [Keluarga 'Imran]


    لكون الربا هو أكل أموال الناس بالباطل وهو محرَّم عليهم أن يربوا في أموال الناس بل لهم رؤوس أموالهم. وقال الله تعالى:
    {فَبِظُلْمٍ مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّ‌مْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ كَثِيرً‌ا ﴿١٦٠﴾ وَأَخْذِهِمُ الرِّ‌بَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِ‌ينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٦١﴾} صدق الله العظيم [النساء].

    Ini kerana riba adalah memakan harta manusia dengan cara yang batil, ianya diharamkan oleh Allah ke atas kalian, yakni dengan membuat riba menjadi bertambah pada harta manusia, namun bagi mereka modal pokok harta mereka.

    Firman Allah Ta'ala:

    Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka [memakan makanan] yang baik-baik [yang dahulunya] dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi [manusia] dari jalan Allah, (160)

    dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang bathil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih. (161)

    Maha Benar Allah
    [An-Nisaa]



    وكان لهم أجر عند الله لو أنهم اقتنعوا برؤوس أموالهم. وقال الله تعالى:
    {وَمَا آتَيتُم مِن رِبًا لِيَربُوَ في أَموَالِ النَّاسِ فَلا يَربُو عِندَ اللهِ وَمَا آتَيتُم مِن زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجهَ اللهِ فَأُولَئِكَ هُمُ المُضعِفُونَ} صدق الله العظيم [الروم:39]. أفلا تتفكرون؟

    Sesungguhnya bagi mereka ada ganjaran pahala di sisi Allah sekiranya mereka rela, merasa cukup dan puas dengan modal pokok harta mereka.

    Firman Allah Ta'ala:

    Dan sesuatu riba [tambahan] yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka [yang berbuat demikian] itulah orang-orang yang melipat gandakan [pahalanya]. (39)
    Maha Benar Allah
    [Ar-Ruum]

    Maka mengapakah kalian tidak memikirkan
    ?



    وعليه نفتي بالحـــقّ:
    إنه لا إثم ولا وزر شيئاً على مستهلكي القروض من البنوك الربويّة لقضاء حوائجهم؛ بل الإثم على أصحاب البنوك الربويّة الذين يربون في أموال الناس.


    Berdasarkan perkara ini kami fatwakan dengan kebenaran:

    Bahawasanya tidak ada kesalahan dan dosa sedikitpun ke atas para konsumer, yang menggunakan khidmat bank untuk membuat pinjaman dari bank yang berasaskan riba, semata-mata untuk memenuhi kebutuhan dan keperluan mereka; namun dosa adalah ke atas para pemilik bank-bank ribawi yang berasaskan riba, yaitu orang-orang yang membuat riba bertambah pada harta benda manusia.


    ولربّما يودّ أن يقاطعني أحد أصحاب البنوك الربويّة فيقول: "يا ناصر محمد، ولكن ما هي مصلحتنا من أن نعطي الناس أموالنا بغير فوائد وتأمرنا أن لا نأخذ منهم إلا رأس المال الذي أعطيناهم؟" ومن ثمّ يردّ على أصحاب البنوك الربويّة المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني وأقول إليك الجواب في محكم كتاب الله القرآن العظيم. قال الله تعالى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ} صدق الله العظيم [النساء:29].

    Barangkali ada seseorang dari pemilik bank ribawiyah mahu memintas kata-kataku dengan mengatakan:

    "Hei Naser Mohammed, tetapi apa pula kebaikan yang kami dapatkan jika kami berikan pinjaman kepada orang-orang dengan harta benda kami, tanpa ada sebarang faedah, kerana engkau menyuruh kami untuk tidak mengambil pembayaran dari mereka, kecuali hanya modal pokok harta yang kami berikan kepada mereka
    ?"

    Untuk itu Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani membalas kepada pemilik bank-bank ribawiyah, aku katakan, untuk kalian jawaban dari muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung.

    Allah Ta'ala berfirman:

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kalian (29)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisaa]



    وهنا يقصد الله التجارة بالدّين تكون على اتفاق وتراضٍ بين الطرفين، فيكون شيء يباع ويشترى بين الطرفين ذو ربح محدودٍ إلى أجل معدود أو بالتقسيط المريح، فهنا حلالٌ عليكم الزيادة يا أصحاب البنوك التجاريّة.

    Di sini yang Allah maksudkan adalah perniagaan dengan hutang yakni secara kredit, yang mana perniagaan itu berdiri di atas persetujuan dan suka sama-suka antara kedua belah pihak, antara si pemiutang dan si penghutang.

    Maka di situ ada sesuatu yang dijual dan dibeli antara kedua pihak, yang memiliki keuntungan tertentu yang sudah ditetapkan sampai pada masa yang telah ditentukan, atau dengan pembayaran ansuran mudah, maka di sini halal ke atas kalian adanya tambahan wahai para pemilik bank tijariyah yang berasaskan perniagaan.



    اللهم قد بيّنت الفتوى بالحقّ اللهم فاشهد، ومن كان له أي اعتراض من علماء الأمّة على بياني هذا الذي تمّ تنزيل الفتوى بالحقّ:

    Ya Allah, sesungguhnya aku telah jelaskan fatwa ini dengan kebenaran, maka saksikanlah, siapa dari kalangan ulama umat yang miliki apa-apa bantahan terhadap keteranganku ini, yang padanya terdapat fatwa dengan kebenaran:


    [ إن الذين عليهم القروض من البنوك الربويّة إنه ليس عليهم إثم شيئاً لكونهم محتاجين إلى ذلك ليقضوا حاجاتهم سواء يريدون الزواج لأنفسهم أو لأولادهم، أو الإنفاق في سبيل الله، أو أي شيء آخر، ومن ثم آتيناكم بالبرهان المبين أنّ إثم الربا هو حصرياً على الذين يربون في أموال الناس بغير الحقّ، والحكم لله وهو خير الفاصلين ].

    Sesungguhnya orang-orang yang miliki bebanan hutang pinjaman dari bank-bank ribawiyah, bahawasanya tidak ada dosa sedikitpun ke atas mereka, kerana mereka adalah orang-orang yang memerlukan pinjaman itu bagi memenuhi hajat keperluan mereka.

    Sama ada hajat mereka itu mahu melangsungkan pernikahan untuk diri mereka sendiri atau untuk anak-anak mereka, atau untuk berinfaq di jalan Allah, atau apa-apa keperluan lain.

    Oleh kerana itu
    kami datangkan bukti keterangan yang jelas nyata, bahawa dosa riba hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang yang membuat riba menjadi bertambah pada harta benda manusia tanpa alasan yang benar

    Allah-lah yang berhak menetapkan hukum, Dia-lah sebaik-baik yang membuat keputusan.



    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ــــــــــــــــــ

    sumber:

  2. افتراضي

    {صدق إمامنا الصالح }
    سبحان الله وبحمده ولا حول ولا قوة إلا بالله والله اكبر ولا إله إلا الله وأستغفر الله العظيم عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

  3. افتراضي Tambahan dari fatwa mengenai pekerjaan di bank-bank secara umum, dan deposit wang ke dalam bank..


    - 2 -


    [ لمتابعة رابط المشـاركـــــــــة الأصليَّة للبيــــــــــــــان ]

    lihat postingan asal keterangan


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    09 - 09 - 1433 هـ
    28 - 07 - 2012 مـ
    09:59 صباحاً
    ـــــــــــــــــ




    مزيدٌ من الفتوى حول العمل في البنوك بشكل عام وإيداع الأموال فيها ..

    Tambahan dari fatwa mengenai pekerjaan di bank-bank secara umum, dan deposit wang ke dalam bank..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدّي محمد رسول الله وآله الأطهار وجميع المسلمين إلى يوم الدين، أمّا بعد..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad Rasulullah SAW beserta keluarganya yang suci dan seluruh muslimin hingga Hari Pembalasan
    ammaa ba'du..



    وأفتي بالحقّ أنه لا حرج على الموظفين في البنوك بشكل عام، والعامل مجرد موظف ويتقاضى أجره ولن يحاسب الله صاحب الراتب من أين اكتسب المال من أعطاه الراتب. ولو أنّ موظفاً أو عاملاً عند أحد يرفض أخذ راتبه حتى يخبره من أعطاه الراتب من أين اكتسبه إذاً لتوقفت عجلة الحياة في كلّ شيء ولما سخَّر الله الناس بعضهم لبعضٍ، فلو أنّ عُمالاً اشتغلوا عند أحد الأغنياء حتى إذا أراد أن يعطيهم أجورهم بالحقّ؛ فهل يحقّ لهم أن يقولوا لصاحب العمل نحن لا نأخذ المال المكتسب من حرامٍ فلا بدّ أن تثبت لنا من أين اكتسبت هذا المال حتى نعلم هل اكتسبته من مال حرامٍ أم من حلالٍ؟ فهل يعقل هذا يا قوم؟ ولكنه لا يخصُّ العاملُ من أين اكتسب المالَ صاحبُ العمل سواءً اكتسبه من حلالٍ أو من حرامٍ فلا دخل للعامل في ذلك، كونه لن يحاسبه الله عليه من أين اكتسبه صاحبُ العمل. إلا أن يحمل سلعةً محرمةً كمثل أن يقول له أحد تجار المخدرات: أريدك أن تحمل كيلو مخدرات أو حشيش أو هروين أو أيٍ من المخدرات التي تُغَيِّبُ العقل عن رؤياه، فيقول للعامل: "حمّلها إلى المكان الفلاني وسوف أعطيك أجراً وفيراً كذا وكذا". فهنا لا يجوز للعامل أن يحمل كيلو المخدرات أو الحشيش أو الهروين أو أيٍ من المحرمات التي تُغَيِّبُ العقل عن تصرفه، فلا يجوز للعامل أن يفعل ذلك كونه شارك في توزيع ما حرّمه الله، وشارك في ضرر المجتمع وجلب لهم المصائب.

    Aku fatwakan dengan kebenaran, bahawasanya tidak dosa ke atas para pegawai di bank-bank secara umumnya, pekerja hanyalah bertugas sebagai pegawai yang menerima gaji, Allah tidak akan memperhitungkan si penerima gaji, dari mana majikannya mendapatkan harta untuk membayar gajinya.

    Kalau seandainya ada pegawai atau pekerja yang makan gaji menolak untuk menerima gajinya, kecuali jika si majikan memberitahukan dari mana datang hasil untuk bayar gaji itu, nescaya terhentilah putaran roda kehidupan pada tiap-tiap sesuatu, tentu Allah tidak mempekerjakan manusia antara satu sama lain.

    Seandainya ada pekerja-pekerja sibuk bertugas pada seorang majikan kaya, lalu tatkala si majikan mahu membayar gaji mereka dengan benar; maka adakah patut bagi pekerja-pekerja itu untuk mengatakan kepada majikan:

    "Kami tidak menerima gaji yang diusahakan dari sumber haram, jadi tidak boleh tidak, anda mesti tegaskan dan buktikan kepada kami dari mana anda dapatkan duit bayar gaji ini, supaya kami tahu adakah anda memperolehnya dari harta haram atau harta halal
    ?"

    Padahal sebenarnya si pekerja tiada sangkut paut (dengan urusan) dari mana si majikan itu memperoleh harta, apakah ianya dari sumber haram atau dari sumber halal, si pekerja tidak termasuk dalam urusan itu, kerana Allah tidak akan memperhitungkan si pekerja, dari mana majikannya mendapatkan wang.

    Kecuali sekiranya pekerja membawa barangan yang diharamkan, seperti misalnya ada seorang pengedar narkoba/dadah mengatakan padanya:

    Aku mahu kamu bawa sekilo dadah ini, atau ganja, heroin atau apa sahaja obat-obatan yang bikin ketagih, kecanduan, memabukkan lagi menghilangkan pertimbangan akal sihat, lalu si pengedar mengatakan kepadanya:

    "Bawakan ini ke tempat si fulan, nanti aku beri upah yang banyak dan lumayan sebanyak sekian, sekian".

    Maka di sini tidak boleh bagi pekerja untuk membawa narkoba, dadah, ganja, heroin, atau apa sahaja yang diharamkan, yang menghayalkan lagi merosak kewarasan serta kesedaran akal.

    Jadi tidak boleh si pekerja untuk melakukannya, kerana dia bekerjasama mengedarkan barangan yang diharamkan oleh Allah, dan dia turut serta dalam memberikan kemudharatan kepada masyarakat dan membawakan malapetaka bagi mereka.



    ولربّما يودّ أن يقاطعني أحد السائلين فيقول: "يا ناصر محمد، إنني أشتغل في مطعم مأكولات عربيّة وأجنبيّة ولكن من ضمن ما يباع في المطعم شراب الخمور، فهل ليس علي وزرٌ أن أقوم بحمله للزبون؟". ومن ثمّ يردّ عليه الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وأقول: لك الحقّ أن تقول لصاحب المطعم: أنا سوف أحمل للزبائن كلّ ما يطلب الزبون من مأكولات ومشروبات إلا الخمر أو لحم الخنزير، فكلِّفْ بذلك غيري واعفني عن ذلك احتراما لعقيدتي، فأنا مسلم لا أحمل ما حرّم الله لأعطيه لأحدٍ. وإن أبى صاحبُ المطعم أو البوفيه إلا أن تحمل للزبون الخمر ولحم الخنزير فاتركه هو وعمله وسوف يعوّضك الله بعمل خير من ذلك العمل وأحسن أجراً، ومن يتقي الله يجعل له مخرجاً ويرزقه من حيث لا يحتسب.

    Barangkali ada seorang penanya mahu menyela kata-kataku dengan berkata:

    "Wahai Naser Mohammed, sesungguhnya aku ini bekerja di restoran makanan arab dan makanan asing (barat), akan tetapi makanan dan minuman yang dijual di restoran itu termasuk juga minuman-minuman yang memabukkan (arak), bukankah aku berdosa membawanya untuk pelanggan di situ
    ?"

    Untuk itu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalasnya, aku katakan:

    Kamu punya hak untuk mengatakan kepada boss di restoran itu:

    "Saya nanti akan bawakan untuk pelanggan apa sahaja pesanan yang mereka order dari makanan dan minuman kecuali arak atau daging khinzir, jadi kamu tugaskanlah pekerja lain untuk membawakan keduanya itu kepada pelanggan"

    "Maafkan aku sebab perkara itu, semata-mata kerana menghormati akidah kepercayaanku, aku seorang muslim, aku tidak boleh membawa apa yang diharamkan oleh Allah untuk memberikannya kepada sesiapapun"

    Jika sekiranya boss restoran atau buffet enggan, menolak dan tetap mahukan kamu membawa arak dan daging khinzir untuk pelanggan, maka tinggalkanlah dia dan pekerjaannya, kelak Allah akan memberi ganti kepada kamu dengan pekerjaan yang lebih bagus dari kerja itu dengan gaji yang lebih baik lagi.

    Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalah), dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.



    وأمّا الذين يُودِعون أموالهم في البنوك مقابل ربحٍ معلومٍ فهذا حلال طيب كونه يدخل في ضمن اتفاق التجارة فيما بينكم، كون صاحب البنك الذي أخذ منك المال ليس قرضٌ منك لصاحب البنك الغني إلى ميسرة؛ بل أخذه منك صاحبُ البنك ليتاجر به، ولصاحب البنك نصيبٌ من الربح أكثر من نصيب صاحب المال، فَبَدَل أن يضع أحدكم ماله في بيته إذا كَثُرَ فالأفضل له أن يضعه في البنوك الاستثماريّة وحتى ولو كان بربحٍ زهيدٍ جداً، فذلك أفضل مما قد يتعرض ماله لسرقة وأحسن أمناً على نفسه وعلى مالِه، فقد يعلم بماله أحدُ المفسدين في الأرض والسارقين فيقتحم عليه داره ليلاً فيقوم بقتله من أجل أخذ ماله من الخزنة. ما لكم كيف تحكمون يا من يحرّمون إيداع الأموال على المسلمين في البنوك؟ أولئك يقولون على الله ما لا يعلمون.

    Adapun orang-orang yang mendepositkan wang mereka dalam bank-bank yang mempunyai keuntungan tertentu, maka yang demikian adalah halal lagi baik kerana ianya termasuk dalam kesepakatan perniagaan/dagangan yang dipersetujui antara kalian.

    Ini kerana pemilik bank yang kaya mengambil wang darimu bukan sebagai pinjaman untuknya sampai dia berkelapangan (untuk membayar); namun dia memperoleh wang darimu sebagai modal buat diniagakan, untuk pemilik bank ada bahagian yang lebih besar
    (dari keuntungan) berbanding dengan bahagian untuk pemilik wang.

    Sebagai alternatif daripada seorang kalian menyimpan wangnya di rumah tatkala wangnya banyak, maka adalah lebih baik baginya untuk menyimpan wangnya di bank-bank investasi, meskipun keuntungannya sangat sedikit sekali, yang demikian itu lebih baik dari kemungkinan wangnya terdedah pada kecurian (jika hanya disimpan di rumah).

    Tambahan pula (di bank investasi) wangnya lebih aman dan pemilik wang juga lebih tenang, kemungkinan ada salah seorang perosak di muka bumi atau pencuri mengetahui wangnya yang tersimpan di rumah, kemudian mereka memecah masuk rumahnya pada waktu malam lalu membunuhnya untuk mengambil hartanya dari tempat simpanannya.

    Ada apa dengan kalian ini, bagaimana kalian membuat keputusan dengan mengharamkan atas kaum muslimin untuk mendepositkan wang dalam bank-bank? Mereka itu mengatakan terhadap Allah pada perkara yang mereka tidak mengetahuinya.



    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

    Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

    ـــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://mahdialumma.net./showthread.php?p=53573

  4. افتراضي Sesungguhnya Allah Membela Orang-orang Yang Kesulitan Memenuhi Keperluan Mereka, Yang Dizalimi Untuk Menanggung Riba Berlipat Kali Ganda..

    إنما يدافع الله عن ظلم المضطر الذي أجبرته الحاجة لتحمل الرّبا المضاعف، ويعلن الحرب على أصحاب أرباح الرّباء ..

    - 3 -


    [ لمتابعة رابط المشـاركـــــــــة الأصليَّة للبيــــــــــــــان ]

    lihat postingan asal keterangan


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    10 - 09 - 1433 هـ
    29 - 07 - 2012 مـ
    09:04 صباحاً
    ــــــــــــــــــــ




    إنما يدافع الله عن ظلم المضطر الذي أجبرته الحاجة لتحمل الرّبا المضاعف، ويعلن الحرب على أصحاب أرباح الرّباء ..

    Sesungguhnya Allah Membela Orang-orang Yang Kesulitan Memenuhi Keperluan Mereka, Yang Dizalimi Untuk Menanggung Riba Berlipat Kali Ganda, Dan Allah Mengumumkan Perang Terhadap Pihak Yang Membuat Keuntungan Melalui Riba..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على محمدٍ رسول الله حبيب قلبي وآله الأطهار والتابعين للحقّ إلى اليوم الآخر، أمّا بعد..
    سلامُ الله عليكم ورحمته وبركاته، ويا أخي أحمد السوداني، قال الله تعالى:
    {وَإِن تُبتُم فَلَكُم رُؤُوسُ أَموَالِكُم} صدق الله العظيم [البقرة:279].

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam ke atas Muhammad Rasulullah kekasih hatiku dan keluarganya yang suci, serta para pengikut kebenaran hingga Hari Akhirat
    adapun sesudahnya..


    فمن يأمره بالتوبة، فهل هو المحتاج المضطر إلى أخذ المال من الأغنياء مقابل أن يردّه بربح زائدٍ على رأس المال؟ أم أنّ الله يأمر بالتوبة أهلَ رؤوسِ الأموال الذين يُقرضون الناس بالربا؟ فتدبّر ما جاء في محكم الذكر فستجد الخطاب موجّهاً إلى أهل رؤوس الأموال دفاعاً عن المعسر والمحتاج. قال الله تعالى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ} صدق الله العظيم [آل عمران:130].

    Siapakah yang Allah perintahkan untuk bertaubat
    ?

    Adakah orang yang kesulitan lagi memerlukan wang dari orang-orang kaya yang meminta mereka membayar keuntungan tambahan atas modal pinjaman mereka
    ?

    Ataukah Allah memerintahkan untuk bertaubat kepada orang-orang kaya pemilik modal harta yang memberikan pinjaman dengan riba
    ?

    Maka renungkan ayat dalam muhkam Al-Qur'an, nescaya kamu temukan bahawa firman itu tertuju kepada pemilik modal yang memberikan pinjaman, sebagai pembelaan Allah untuk pihak yang kesulitan dan punya keperluan.

    Allah Ta'ala berfirman:

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. (130)
    Maha Benar Allah
    [Keluarga 'Imran]



    فالذي يأكل الربا المضاعف من أموال الناس بالباطل فذلكم الذين توعدهم الله بالعذاب. وقال الله تعالى:
    {وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا} صدق الله العظيم [النساء:161].

    Orang yang memakan riba berlipat kali ganda dari harta manusia dengan cara yang batil, maka mereka itulah yang mendapatkan ancaman dari Allah dengan azab seksaan.

    Firman Allah Ta'ala:

    dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang bathil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih. (161)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisa]


    وأمر الله الأغنياء بعدم أخذ الرّباء الزائد فوق رأس المال من المحتاجين الذين أقرضوهم المال ليقضوا حاجتهم كون أنّ لهم أجراً كبيراً في ذلك كمثل الصدقة عند ربهم، وإن أَبَوْا إلا أخذ الرّباء الزائد فلن يُربي الله قرضهم عنده، ولن يجدوا لهم من دون الله ولياً ولا نصيراً. وقال الله تعالى:
    {أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (37) فَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ ذَلِكَ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (38) وَمَا آتَيْتُم مِّن رِّبًا لِّيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلا يَرْبُو عِندَ اللَّهِ وَمَا آتَيْتُم مِّن زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ (39)} صدق الله العظيم [الروم].

    Allah telah perintahkan orang-orang kaya untuk tidak mengambil tambahan riba yang melebihi modal pokok dari orang-orang yang memerlukan, yang telah meminjam wang dari orang-orang kaya buat memenuhi keperluan mereka.

    Ini kerana bagi orang-orang kaya ada ganjaran pahala yang besar pada yang demikian, ianya seperti pemberian sedekah di sisi Tuhan mereka.

    Jika mereka menolak dan tetap memungut tambahan riba, maka Allah tidak akan menambahkan pinjaman mereka di sisi-Nya, dan mereka tidak akan mendapatkan pembela dan penolong untuk mereka selain Allah.

    Allah Ta'ala berfirman:

    Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia [pula] yang menyempitkan [rezki itu]. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi kaum yang beriman. (37)

    Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian [pula] kepada fakir miskin dan ibnus sabil. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridhaan Allah; dan mereka itulah orang-orang beruntung. (38)

    Dan sesuatu riba [tambahan] yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka [yang berbuat demikian] itulah orang-orang yang melipat gandakan [pahalanya]. (39)
    Maha Benar Allah
    [Ar-Ruum]


    وإنما يدافع الله عن ظلم المضطر الذي أجبرته الحاجة لتحمل الرّباء المضاعف، ويعلن الحرب على أصحاب أرباح الرّباء. وقال الله تعالى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُ‌وا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّ‌بَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾} صدق الله العظيم [البقرة].

    Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang kesulitan memenuhi keperluan mereka, yang dizalimi untuk menanggung lebihan riba berlipat kali ganda, dan Allah mengumumkan perang terhadap pihak yang membuat keuntungan dengan riba.

    Firman Allah Ta'ala:

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba [yang belum dipungut] jika kamu orang-orang yang beriman. (278)
    Maka jika kamu tidak mengerjakan [meninggalkan sisa riba], maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya. (279)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]



    فمن المخاطب يا أحمد؟ فهل هم الذين يربون في أموال المحتاجين أم يخاطب المحتاجين ويتوعدهم بالحرب؟ ما لكم كيف تحكمون؟ فتدبر القول الصواب مرةً أخرى:
    {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُ‌وا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّ‌بَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾} صدق الله العظيم [البقرة]. ويتبيّن لك مَنِ المخاطب الذي يخاطبهم الله من خلال قوله تعالى: {فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾} صدق الله العظيم.

    Siapakah pihak yang ditujukan pada firman ini wahai Ahmad
    (forumer)
    ?

    Adakah ianya ditujukan pada orang-orang yang membuat riba menjadi bertambah pada harta manusia ataukah firman ini ditujukan kepada orang-orang yang memerlukan lalu mereka diancam dengan peperangan dari Allah
    ?

    Ada apa dengan kalian ini, bagaimana kalian membuat keputusan
    ?


    Renungkan firman yang benar ini sekali lagi:

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba [yang belum dipungut] jika kamu orang-orang yang beriman. (278)
    Maka jika kamu tidak mengerjakan [meninggalkan sisa riba], maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya. (279)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]

    Maka jelaslah bagimu siapakah mereka yang Allah tujukan melalui firman-Nya ini:

    Maka jika kamu tidak mengerjakan [meninggalkan sisa riba], maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya. (279)
    Maha Benar Allah


    وإنّما الحرب أمراضٌ يصيبهم الله بها استجابة لدعاء رسوله والمظلومين المضطرين إلى تحمل أضعاف الرباء، فيدعي المحتاجون على الأغنياء من أصحاب الربا الذين أكلوا أموالهم بالباطل فيبتليَهم الله بأمراضٍ حتى يمحق الربا الزائد مع رأس المال لمن يشاء الله منهم. وقال الله تعالى: {فَبِظُلْمٍ مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّ‌مْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ كَثِيرً‌ا ﴿١٦٠﴾ وَأَخْذِهِمُ الرِّ‌بَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِ‌ينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٦١﴾} صدق الله العظيم [النساء].


    Sesungguhnya peperangan itu adalah penyakit-penyakit yang Allah timpakan kepada mereka, sebagai pemenuhan dan pengabulan Allah terhadap doa rasul-Nya, dan doa orang-orang kesusahan yang dizalimi untuk menanggung pembayaran riba berlipat kali ganda.

    Mereka akan mendoakan keburukan untuk orang-orang kaya yang mengamalkan riba, yaitu orang-orang yang memakan harta manusia dengan cara yang salah, maka Allah membuatkan orang-orang kaya pemakan riba itu menderita dengan pelbagai penyakit, sehingga musnahlah segala hasil tambahan riba berserta modal pokoknya, bagi sesiapa yang Allah kehendaki di antara mereka.


    Allah Ta'ala berfirman:

    Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka [memakan makanan] yang baik-baik [yang dahulunya] dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi [manusia] dari jalan Allah, (160)
    dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang bathil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih. (161)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisaa]


    والسؤال الذي يطرح نفسه يا أحمد السوداني: فمن هم الذين أصابهم بأمراض حتى حرّموا على أنفسهم ما لذَّ وطاب؟ همُ الأغنياءٌ ولكن بسبب الأمراض التي ابتلاهم بها لم يتمتعوا بأموالهم. فتدبّر مرةً أخرى. قال الله تعالى:
    {فَبِظُلْمٍ مِّنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّ‌مْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ كَثِيرً‌ا ﴿١٦٠﴾ وَأَخْذِهِمُ الرِّ‌بَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِ‌ينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٦١﴾} صدق الله العظيم [النساء].

    Pertanyaan yang muncul wahai Ahmad As-Sudany:

    Siapakah mereka yang ditimpa penyakit-penyakit sampaikan mereka mencegah diri mereka sendiri dari menikmati makanan lazat dan sedap
    ?

    Mereka adalah orang-orang kaya, namun disebabkan penyakit-penyakit yang mereka deritai, mereka tidak dapat menikmati harta kekayaan mereka.

    Maka renungkanlah sekali lagi

    Allah Ta'ala berfirman:

    Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka [memakan makanan] yang baik-baik [yang dahulunya] dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi [manusia] dari jalan Allah, (160)
    dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang bathil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih. (161)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisa]


    ولم أجد في محكم كتاب الله القرآن العظيم بأنّ الله توعَّد أصحاب الحاجات الذين ألجأتهم الضرورة إلى تحمل الربا الزائد فيدفعونها ظلماً وباطلاً عليهم، ولئن استطعت أن تأتينا بآيةٍ واحدةٍ توعَّد الله فيها المعسر بالانتقام؛ بل تجد العكس يا أحمد؛ بل تجد الله يدافع عن المعسر ويقول للغني المُرْبِي: لا تأخذ من المعسر رباءً زائداً عن الحق. وقال الله تعالى:
    {وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ} صدق الله العظيم [البقرة:280].

    Aku tidak menemukan dalam muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, bahawa Allah menyatakan ancaman kepada pihak yang memerlukan, yang terpaksa untuk memenuhi keperluan penting mereka, hingga mereka menanggung beban tambahan riba yang perlu mereka lunaskan, sebagai suatu penindasan dan kebatilan terhadap mereka.

    Sekiranya kamu mampu untuk membawakan kepada kami satu ayat yang berupa ancaman dari Allah dengan pembalasan terhadap orang yang dalam kesusahan; namun kamu akan temukan yang sebaliknya wahai Ahmad; bahkan kamu akan dapati Allah membela orang yang dalam kesusahan dengan firman-Nya kepada orang-orang kaya pembuat riba:

    Jangan minta dari orang yang susah tambahan riba yang melebih dari haknya, yang melebihi dari
    modal pokok.

    Firman Allah Ta'ala:

    Dan jika [orang berhutang itu] dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan [sebagian atau semua hutang] itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (280)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]


    بل ويقول للغني وإن تصدّقت على المعسر فعفوته عن المال الذي لديه قرضٌ له من قبل؛ فإن عفوت عنه فسوف يتحول القرض إلى الله فيربي الصدقات. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ} صدق الله العظيم [البقرة:280].

    Bahkan Allah mengatakan kepada orang-orang kaya, sekiranya mereka memberi sedekah kepada orang yang susah dengan menghapus pinjaman hutang lama mereka padanya; jika orang-orang kaya menghalalkan pinjaman itu, maka kelak pinjaman itu akan bertukar menjadi pinjaman Allah (pemberian sedekah), lalu Allah menyuburkan pemberian sedekah itu.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Dan jika [orang berhutang itu] dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan [sebagian atau semua hutang] itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (280)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]



    ويا أحمد، لو أنّ المحتاج يجد القرض من غير دفع الرباء الزائد لما ذهب إلى أهل فوائد الربا، ولكنه قد لا يجد من يُقرضه مالاً ليقضي حاجته من غير فوائدٍ، ومن ثم يذهب ليأخذ مالاً فيشترط عليه صاحبُ المال أن يعيده مع الرباء الزائد على رأس المال، ولذلك قال الله تعالى:
    {فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ} صدق الله العظيم[البقرة:279].

    Wahai Ahmad, seandainya orang yang memerlukan itu menemukan adanya pinjaman tanpa perlu membayar tambahan riba, nescaya mereka tidak pergi kepada pihak yang meminta tambahan riba.

    Namun mereka mungkin tidak menemukan pihak yang akan memberikan pinjaman wang kepada mereka buat memenuhi keperluan tanpa adanya bayaran tambahan, lalu mereka pergi untuk memperolehi wang (secara terpaksa) dengan persyaratan ke atas mereka yang dikenakan oleh pemiutang, agar mereka mengembalikan wang itu beserta tambahan riba melebihi modal pokok yang mereka pinjam, kerana itu Allah Ta'ala berfirman:


    Maka jika kamu tidak mengerjakan [meninggalkan sisa riba], maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat [dari pengambilan riba], maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak [pula] dianiaya. (279)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]



    ولم أجد في كتاب الله أنّ الله ينهى المحتاج أن يأخذ مالاً قرضاً بالربا، وإنما أجد أن الله ينهى الذي أعطى القرض من أخذ الرباء الزائد على رأس ماله. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا} صدق الله العظيم [النساء:161].

    Aku tidak temukan dalam Kitabullah, bahawa Allah mencegah orang yang memerlukan untuk memperolehi wang secara pinjaman dengan riba, yang aku dapati hanyalah Allah melarang pihak yang meminjamkan wang untuk mengambil tambahan riba yang melebihi modal pokok dari wangnya yang dipinjam.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang bathil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih. (161)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisa]



    وأمّا بالنسبة للمحتاج ألا والله لا أجد في محكم كتاب الله أن عليه وزرٌ مثقال ذرةٍ؛ بل على الذي أخذ الرباء الزائد. وَبلْ يلوم الله على الذين يأكلون أموال الناس بالباطل. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا} صدق الله العظيم [النساء:161].

    Adapun mengenai pihak yang memerlukan, maka ingatlah demi Allah, aku tidak temukan dalam muhkam Kitabullah bahawa mereka itu menanggung dosa sebesar zarah; namun dosa adalah atas pihak yang mengambil tambahan riba.

    Bahkan Allah mencela orang-orang yang memakan harta manusia dengan jalan yang batil.


    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang bathil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih. (161)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisa]


    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

    Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani


    ـــــــــــــــــــــــ


    sumber:
    https://mahdialumma.net./showthread.php?p=53689

المواضيع المتشابهه
  1. Fatwa-fatwa Al Imam Al Mahdi Al Muntadhar Mengenai Ketentuan Puasa
    بواسطة Risalah Allah في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 22-05-2019, 08:57 PM
  2. Fatwa Imam Mahdi Mengenai Suara Wanita, Nyanyian Lagu Dan Musik..
    بواسطة Risalah Allah في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 15-05-2019, 08:19 PM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-05-2019, 10:30 PM
  4. مشاركات: 3
    آخر مشاركة: 13-09-2016, 06:42 PM
  5. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 02-05-2015, 12:55 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •