وسأل سائل فقال: وما هو كوكب العذاب؟
وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:
Pertanyaan: Apakah Kaukab Al-'Azab (Planet Hukuman) itu?
Jawaban:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
قال الله تعالى:
{وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًاۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴿١٥﴾}
صدق الله العظيم
[الأحقاف]
Allah Ta'ala berfirman:
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibubapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah [pula]. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang sholeh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan [memberi kebaikan] kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (15)
Maha Benar Allah
[Al-Ahqaf]
وذلك عُمر من يصلحه الله في ليلة ويُظهره على العالمين وهُم من الصاغرين، فلا تأمنوا مكر الله يا معشر المُكذّبين بالحقّ عسى أن تكون الألف الساعة القمرية بدءاً من يوم الجمعة ليلة السبت ثمانية إبريل 2005 وعسى أن تكون الرؤيا في يوم الجمعة ليلة السبت ليلة ميلاد هلال شوال 1428 ليس إلّا للتوضيح.
Demikian itu merupakan umur orang yang diislahkan oleh Allah dalam satu malam, dan Allah akan menzahirkannya atas seluruh manusia sedang mereka dikalangan orang-orang yang tertunduk merendahkan diri, maka janganlah kalian merasa aman dari azab Allah wahai sekalian orang-orang yang mendustakan kebenaran.
Semoga seribu jam Qamariyah menjadi permulaan dari hari Jumaat malam Sabtu 8 April 2005, semoga mimpi pada hari Jumaat malam Sabtu yakni malam lahirnya hilal Syawwal tahun 1428H menjadi tidak lain kecuali hanya sebagai gambaran dan penjelasan.
وما أُريد قوله هو: أن لا تأمنوا مكر الله يا معشر المعرضون عن الحق، وما نُريد أن نُؤكّد لكم الرؤيا الحقّ أنه بقي ألف ساعة قمرية بِلا شك أو ريب بإذن الله رب العالمين، إلّا أني سوف أقول لكم بأن المهدي الحقّ ناصر مُحمد اليماني لا يعلمُ عِلم اليقين هل يحسبها من يوم الجُمعة ليلة السبت تاريخ ثمانية إبريل 2005 أم أن حسابها من تاريخ الرؤيا يوم الجمعة ليلة السبت ليلة ميلاد هلال ذي القعدة 1428.؟! ولذلك أقول لكم لا تأمنوا مكر الله فترون العذاب بعيداً ويراه الله قريباً في رمضان 1429 إذا كانت الألف الساعة القمرية بدءاً من يوم الجمعة ليلة السبت ثمانية إبريل 2005 فهذا يعني بأن نهايتها سوف تكون في شهر رمضان 1429 بحساب السنيين الهجرية.
Apa yang inginku katakan adalah: Hendaklah kalian tidak merasa aman dari azab Allah wahai sekalian orang-orang yang berpaling dari kebenaran, tiadalah kami tekankan mimpi yang benar kepada kalian bahawa tersisa waktu (azab Saqor) seribu jam Qamariyah tanpa syak dan ragu lagi dengan izin Allah Tuhan Sekalian Alam, kecuali kelak aku akan katakan kepada kalian bahawa Al-Mahdi yang hak Naser Mohammed Al-Yamani tidak mengetahui dengan pasti adakah ianya dihitung dari hari Jumaat malam Sabtu tarikh 8 April 2005, ataukah perhitungannya bermula dari tarikh mimpi pada hari Jumaat malam Sabtu, malam kelahiran hilal Dzul Qo'dah 1428
?!
Sebab itu aku katakan pada kalian janganlah kalian merasa aman dari azab Allah dengan menyangka azab itu masih jauh, sedangkan Allah memperlihatkannya telah dekat dalam bulan Ramadhan 1429 sekiranya seribu jam Qamariyah bermula dari hari Jumaat malam Sabtu 8 April 2005, maka ini bermakna bahawa akhir perhitungannya kelak akan jatuh pada bulan Ramadhan 1429 mengikut hitungan tahun-tahun Hijriyah.
وما أُريد قوله بالضبط هو أني لا أُريد أن أقول على الله ما لا أعلم عِلم اليقين فإذا لم يكون بداية الألف الساعة القمرية مُنذ تاريخ يوم الجمعة ليلة السبت ثمانية إبريل 2005 فهي حتماً سوف تكون من تاريخ الرؤيا يوم الجمعة ليلة السبت ليلة ميلاد هلال ذي القعدة 1428 فهذا يعني بأن الظهور في عام 2011 وذلك لأن الألف الساعة القمرية تعدل ثلاثون ألف ساعة مما تعدّون ولكنّها ليست غير ساعة قدرية واحدة فقط فلا يستقدمون ساعةً ولا يستأخرون وهي تعدل بحساب أيامكم 1250 يوم -ألف ومأتي وخمسون يوم فقط- أيّ ثلاث سنوات وخمسة أشهر وعشرون يوم فقط، فإذا كان بدء هذه الألف الساعة القمرية مُنذ تاريخ يوم الجمعة ليلة السبت ثمانية إبريل 2005 فهذا يعني بأن موعد كوكب العذاب الأليم سوف يكون في خلال شهر رمضان 1429، وأمّا إذا كان بداية الألف الساعة القمرية بدايةً من تاريخ الرؤيا يوم الجمعة ليلة السبت ليلة ميلاد هلال ذي القعدة 1428 فهذا يعني بأن كوكب العذاب الأليم سوف يكون بإذن الله في عام 2011 ميلادية.
Apa yang inginku katakan secara tepatnya adalah, aku tidak mahu mengatakan terhadap Allah mengenai perkara yang aku tidak tahu secara pasti, jadi, sekiranya permulaan seribu Jam Qamariyah tidak dihitung sejak tarikh hari Jumaat malam Sabtu 8 April 2005, maka tentulah kelak perhitungannya adalah dari tarikh mimpi hari Jumaat malam Sabtu, malam kelahiran hilal Dzul Qo'dah 1428H.
Ini bermakna bahawa kemunculan Al-Mahdi (Adh-Dhuhur) adalah pada tahun 2011, demikian ini kerana seribu Jam Qamariyah adalah bersamaan dengan 30000 jam menurut perhitungan kalian, namun ianya tidak lebih melainkan sekadar satu Jam Qadariyah (jam takdir) sahaja, jadi, mereka tidak dapat mendahulukannya atau mengundurkannya barang sesaat pun, kerana ianya menyamai 1250 hari sahaja mengikut hitungan hari-hari kalian, yakni selama tiga tahun, lima bulan dan duapuluh hari sahaja.
Jadi, sekiranya seribu jam Qamariyah ini bermula sejak tarikh hari Jumaat malam Sabtu 8 April 2005, maka ini bermakna bahawa waktu yang dijanjikan bagi Kaukab Al-'Azab (Planet Hukuman) yang pedih kelak akan terjadi ketika bulan Ramadhan 1429H, adapun sekiranya permulaan seribu jam Qamariyah itu bermula dari tarikh mimpi hari Jumaat malam Sabtu, yakni pada malam kelahiran hilal Dzul Qo'dah 1428H, maka ini bermakna bahawa Kaukab Al-'Azab kelak akan terjadi dengan izin Allah pada tahun 2011 M.
وما أُريد قوله هو أن لا تأمنوا مكر الله بالحقّ يا معشر الذين لا يعلمون وقد أفتاني ربي بالحقّ بأنه بقي لكوكب العذاب الأليم ألف ساعةً قمرية بحساب ثواني ودقائق وساعات اليوم القمري في ذات القمر وذلك لأن موعد كوكب التطابق بالعذاب الأليم محسوب بدقة مُتناهية حسب حركة القمر ولذلك قال الله تعالى:
{فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ ﴿١٦﴾ وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ ﴿١٧﴾ وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ ﴿١٨﴾ لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ ﴿١٩﴾}
صدق الله العظيم, [الإنشقاق]
Apa yang ingin aku katakan ialah, janganlah kalian merasa aman terhadap azab Allah dengan kebenaran wahai sekalian orang-orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya Tuhanku telah menyatakan padaku dengan kebenaran bahawa tersisa seribu jam Qamariyah untuk Kaukab Al-'Azab -Planet Siksaan- yang pedih, dengan hitungan saat, menit dan jam bagi hari Qamariyah pada bulan, demikian itu kerana Kaukab yang bertingkat -berstrata- yang dijanjikan dengan seksaan yang pedih, dihitung dengan sangat cermat lagi teliti mengikuti pergerakan bulan, sebab itu Allah Ta'ala berfirman:
Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja, (16) dan dengan malam dan apa yang diselubunginya, (17) dan dengan bulan apabila jadi purnama, (18) sesungguhnya kalian melalui tingkat demi tingkat [dalam kehidupan]. (19)
Maha Benar Allah
[Al-Insyiqaaq]
وذلك الطبق هو كوكب العذاب الأليم وهو أسفل الأراضين السبع الطباق من بعد أرضكم فيركب الطبق السُفلي على الطبق العلوي الأُمّ كما حدث لقوم لوط وإبراهيم كما أخبركم الله بذلك في القُرآن العظيم في قوله تعالى:
{فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ ﴿٧٣﴾ فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ ﴿٧٤﴾ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ ﴿٧٥﴾ وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُّقِيمٍ ﴿٧٦﴾}
صدق الله العظيم,[الحجر]
Tingkat itu adalah Kaukab Al-'Azab, strata bumi ke tujuh paling bawah dari bumi kalian, maka tingkat bumi paling bawah ini melalui tingkat paling tinggi yang merupakan induknya (pusatnya), sebagaimana yang terjadi pada kaum Luth dan Ibrahim seperti yang Allah khabarkan kepada kalian mengenainya dalam Al-Qur'an yang agung pada firman-Nya Ta'ala:
Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. (73) Maka Kami jadikan bumi atas itu bumi yang bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari Sijjil. (74) Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda [kekuasaan Kami] bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. (75) Dan sesungguhnya tempat itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap [dilalui manusia]. (76)
Maha Benar Allah
[Al-Hijr]
وذلك هو كوكب سجّيل كوكب العذاب الأليم ولم يمطر فقط على قرية قوم لوط بل أمطر على الأرض كُلّها إلّا الأرض التي بارك الله فيها للعالمين والتي أنجى الله إليها لوط وإبراهيم، ولكن الكوكب أمطر على الأرض كُلّها وكان ذلك هو سبب هلاك الديناصورات والتي ليس لها جحور تتخبئ فيها لضخامتها فهلكت بالحجارة من كوكب العذاب الذي أمطر على الأرض كُلّها وليس فقط على قوم لوط وحدهم ولذلك قال الله تعالى:
{فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣﴾}
صدق الله العظيم,[هود]
Demikian itulah Kaukab Sijjil, planet hukuman dengan azab yang pedih, ia tidak hanya menghujani negeri kaum Luth, bahkan ia menghujani bumi keseluruhannya kecuali bumi (negeri) yang telah Allah berkahi untuk seluruh manusia, sebuah negeri yang Allah selamatkan Luth dan Ibrahim ke negeri itu
Bahkan Al-Kaukab itu menghujani keseluruhan bumi dan itulah yang menyebabkan kemusnahan dinosaurus-dinosaurus dan yang tidak mempunyai lubang-lubang untuk mereka bersembunyi kerana besarnya ukuran tubuh mereka, maka mereka musnah dengan batu-batu dari Kaukab Al-'Azab, yang menghujani seluruh bumi tidak hanya menghujani kaum Luth sahaja, sebab itu Allah Ta'ala berfirman:
Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan bumi yang atas itu bumi yang bawah, dan Kami hujani bumi itu dengan batu dari Sijjil -tanah yang terbakar- dengan bertubi-tubi, (82) yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. (83)
Maha Benar Allah
[Hud]
ولربما أن الذين يهرفون بما لا يعرفون يظُن بأني أتيت بنفس الآية الأولى بل هُنّ من سورتين الأولى من سورة الحجر والأُخرى من سورة هود، فأمّا الأولى:
{فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ ﴿٧٣﴾ فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ ﴿٧٤﴾ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ ﴿٧٥﴾ وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُّقِيمٍ ﴿٧٦﴾}
صدق الله العظيم,[الحجر]
Barangkali orang-orang yang tergesa-gesa pada perkara yang mereka tiada mengetahuinya menyangka bahawa aku mendatangkan ayat pertama yang sama, padahal ianya terdiri dari dua ayat, yang pertama dari Surah Al-Hijr dan ayat yang kedua dari Surah Hud, adapun ayat yang pertama:
Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. (73) Maka Kami jadikan bumi atas itu bumi yang bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari Sijjil. (74) Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda [kekuasaan Kami] bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. (75) Dan sesungguhnya tempat itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap [dilalui manusia]. (76)
Maha Benar Allah
[Al-Hijr]
والأُخرى:
{فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣﴾}
صدق الله العظيم,[هود]
dan ayat yang lainnya:
Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan bumi yang atas itu bumi yang bawah, dan Kami hujani bumi itu dengan Sijjil -batu dari tanah yang terbakar- dengan bertubi-tubi, (82) yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.(83)
Maha Benar Allah
[Hud]
فهذه الآية تُفيد بمطر الشمول وأنه ليس فقط على قرية قوم لوط بل جعل الله عالي الأرض الأُمّ الكوكب الذي كان بسافلها فأمطرعليها حجارةً من سجيلٍ منضود، ويكمن في ذلك هلاك الديناصورات مُنذ أمدٍ بعيد، وقد ترك كوكب العذاب سجّيل حِجارةً من سجّيلٍ تدور حول أرضكم إلى يومنا هذا وهُنّ الخُنّس الجوارِ الكُنّس ولكن أكثر الناس لا يعلمون.
Maka ayat ini memberi pengertian hujan batu yang menyeluruh, dan bahawa ia tidak hanya menimpa negeri Luth, bahkan Allah telah menjadikan bumi induk yang di atas ini, ada planet yang tadinya berada di bawah bumi, maka ia menghujani bumi dengan bebatuan dari Sijjil secara bertubi-tubi.
Barangkali pada demikian ini binasanya dinosaurus-dinasaurus sejak lama dahulu, di mana Kaukab Al-'Azab Sijjil menimpakan dan meninggalkan bebatuan-bebatuan yang terbakar darinya ketika mengorbit berdekatan dengan bumi kalian hinggalah ke zaman kita sekarang ini, itulah objek langit yang beredar dan terbenam (Al-Khunnas Al-Jawar Al-Kunnas) namun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
ولربما الجاهلون يقولون: "إنما درس ناصر اليماني وعلم أن عُلماء الفلك والفضاء بوكالة ناسا الأمريكية اكتشفوا الكوكب العاشر نيبيروا الذي يميل دورانه عن دوران الكواكب بخمسة وأربعون درجة لذلك يأتي للأرض من الأطراف من جهة الشمال إلى الجنوب ومن ثُمّ يخوّفنا بذلك ويستغلّه ويُريد أن يقول أنه المهدي المُنتظر.!"
Mungkin orang-orang yang tidak tahu mengatakan: “Sesungguhnya Naser Al-Yamani hanya belajar dan tahu, bahawa para ilmuwan astronomi dan agensi angkasa NASA Amerika telah menemukan Planet Kesepuluh Nibiru, yang condong orbitnya 45 darjah dari orbit planet-planet lain, kerana itu ia akan mendatangi bumi dari penjuru-penjurunya dari arah utara ke selatan, lalu kemudian dia (Naser Mohammed) menakut-nakuti kita dengan perkara itu, menyibukkan diri dengannya, lalu dia mahu mengatakan bahawa dia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar!”
ومن ثُمّ نقول له: خسئت.. ولكن المهدي المُنتظر الحقّ ناصر لا يأتيك بالخبر عن الكوكب العاشر من كتاب بوش الأصغر ولا معمر.! بل من كتاب الله الذكر المحفوظ من تحريف شياطين البشر فهل من مُدكر ومُبصر.؟! فكم أذكر وكم أكرر إني لا أتغنى لكم بالشعر ولستُ مُبالغ بالنثر في شأن الكوكب العاشر بل هو كوكب النصر يا معشر الأنصار وبأس الله الواحد القهّار يُمطر بالأحجار على جميع الأقطار ويسبق الليل النهار فتطلع الشمس من مغربها وإلى الله الفرار فلن يُغني عنكم جحوركم شيئاً يا بوش الأصغر، وقد أدركت الشمس القمر كراراً ومراراً فيلد الهلال بالفجر والشمس إلى الشرق منه فتدرك الشمس القمر نذيراً للبشر لمن شاء منهم أن يتقدّم فيصدّق المهدي المُنتظر ناصر أو يتأخّر فيناله الله بعذاب الكوكب العاشر قد أعذر من أنذر
Untuk ini kami katakan: Engkau lemah.. Bahkan Al-Mahdi Al-Muntazhar yang haq Naser, tidak mendatangkan berita padamu mengenai Plenet Kesepuluh dari buku George W.Bush dan bukan pula dari catatan Mu'ammar! Bahkan dari Kitabullah Al-Qur'an yang terpelihara dari perubahan bikinan syaitan-syaitan manusia, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran dan memperhatikan
?!
Betapa sering aku peringatkan dan berapa kali telah aku ulangi bahawa aku tidak mendendangkan syair untuk kalian, bukan pula membesar-besarkan dengan membuat cerita mengenai perkara Planet Kesepuluh, bahkan ia adalah Kaukab Kemenangan wahai sekalian anshar, dan seksaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.
Kaukab itu akan menghujani bumi dengan bebatuan ke atas seluruh negeri, kemudian malam mendahului siang lalu matahari terbit dari barat, hanya kepada Allah tempat lari menyelamatkan diri, kerana tidak berguna tempat persembunyian yang kalian gali sedikitpun wahai Bush Jr.
Sesungguhnya matahari telah mendapatkan bulan beberapa kali berulang-ulang, dan hilal lahir pada waktu fajar sedang matahari ke arah timur dari hilal, maka matahari mendapatkan bulan sebagai peringatan bagi manusia, bagi sesiapa di antara mereka yang berkehendak untuk maju dengan membenarkan Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser, atau mundur menunda-nunda hingga Allah menimpakan padanya seksaan dengan Planet Kesepuluh, sesungguhnya kalian telah aku peringatkan, semoga orang yang memberi peringatan ini dimaafkan.
اللهم قد بلغت اللهم فاشهد.
Ya Allah, sesungguhnya telah aku sampaikan, maka saksikanlah.
وقد انتهى الأمد المُحدّد وجاء القدر المقدور في الكتاب المسطور وفروا من الله إليه لترجون تجارةً لن تبور فقد أفلح من زكّاها وقد خاب من دساها وقد جاء مرساها لحركتها فتطلع الشمس من مغربها. وقد انتهت دُنياكم وجاءت أخرتكم وأقترب حسابكم وأنتم في غفلةٍ مُعرضون يا من تصفوني بالجنون أفلا تعقلون.؟! ولسوف يعلمون بأيّ مُنقلبٍ ينقلبون..
Sesungguhnya tempoh waktu yang ditetapkan telah berakhir, dan telah datang ketetapan yang pasti berlaku sebagaimana yang telah tertulis pada Kitab, maka larilah kalian semua dari kemaksiatan terhadap Allah menuju ketaatan pada-Nya, sesungguhnya pasti kalian mengharapkan dan menginginkan perniagaan yang tidak akan merugi, maka beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa dan merugilah orang-orang yang mengotorinya.
Sesungguhnya apa yang dijanjikan akan terjadi telah datang, sebagai isyarat bagi pertanda akan terbit matahari dari arah barat. Sesungguhnya telah berakhir kehidupan dunia kalian, telah datang kehidupan akhirat kalian, perhitungan terhadap kalian semakin dekat sedang kalian masih lalai dan alpa lagi berpaling dari seruan ini wahai orang yang menyifatkanku sebagai gila tidakkah kalian memikirkan?! Sungguh kelak mereka akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali..
وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين..
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji
bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
أمير المُؤمنين وخليفة الله رب العالمين المهدي إلى الصِراط ـــــــــــــــ المُستقيم
الناصر لمُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم والقُران العظيم
الإمام ناصر مُحمد اليماني
Pemimpin orang-orang beriman, Khalifah Allah Tuhan Semesta Alam, yang mendapat petunjuk ke Jalan Yang Lurus, pembela Muhammad Rasulullah SAW dan penegak Al-Qur'an yang agung,
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
__________
https://mahdialumma.net./showthread.php?t=1438