- 4 -
[ لمتابعة رابط المشـــاركة الأصلية للبيـــان ]
lihat postingan asal keterangan
الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
30 - 04 - 1436 هـ
19 - 02 - 2015 مـ
06:28 صباحاً
ـــــــــــــــــ
رجالٌ حول الإمام المهديّ ..
Orang-orang Lelaki Di Sekitar Al Imam Al Mahdi..
بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين، أمّا بعد..
- Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam ke atas para nabi dan puji pujian hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam, seterusnya...
فأقول: مهلاً مهلاً حبيبي في الله علاء الدين نور الدين من المكرمين، وإنّني الإمام المهديّ لم آذن لكم بالالتحاق ضمنَ قبائل مأرب للدفاع عن مأرب حتى تدعو الأنصار للنفير الآن يا قرة العين، كلا بل نأمركم أن يبقى الأنصار في سبيل الدعوة إلى الله على بصيرةٍ من ربّهم، فاطمئنوا فحسب علمي أنّ قبائل مأرب عشرات الآلاف ويعتبرون جيوشاً مدربةً على القتال، فما إن يبلغ الصبي إلا وهو يحمل البندقيّة ويتدرب على الرمايّة، وكذلك تُدَرِّبُهم حروبٌ تحدث بين القبائل فتزيدهم علماً في فنون القتال بغض النظر عن أسباب الحروب كون منها باطلٌ.
Maka aku katakan: Tenang, nanti dulu wahai kekasihku di jalan Allah, yang dihormati Aladdin Noor Al-Deen, aku Imam Mahdi tidak memberi kebenaran kepada kamu untuk masuk menyertai kabilah-kabilah di Ma'erib untuk mempertahankannya, hinggakan kamu ajak para anshar untuk berangkat sekarang wahai kesayanganku, sekali-kali tidak begitu.
Sesungguhnya aku arahkan para anshar untuk tetap dalam seruan dakwah di jalan Allah berdasarkan bashirah ilmu pengetahuan dari Allah, maka bertenanglah kalian, kerana menurut sepengetahuanku, kabilah-kabilah Ma'erib ada berpuluh-puluh ribu dan mereka dihargai sebagai para tentera yang siap dan terlatih untuk berperang.
Tiadalah baligh seorang budak melainkan dia telah mampu membawa senapang dan telah diajari menembak, demikian juga mereka terlatih dengan peperangan yang berlaku antara kabilah-kabilah, dan ini meningkatkan lagi pengetahuan dan teknik dalam peperangan, tanpa menyebutkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya peperangan, kerana ada antara faktor yang menyebabkan perang itu sebenarnya adalah salah.
وكذلك الحوثيون فهم يعلمون أنّ محافظة مأرب تختلف عن كافة محافظات الجمهوريّة اليمنيّة جملةً وتفصيلاً كون ليس فيها شعوباً كمثل المحافظات الأخرى توجد فيها قبائلَ وشعوباً إلا محافظة مأرب فجميعهم قبائلُ مسلحين وذوو بأسٍ شديدٍ لا يرتدّون إلى الوراء في معركةٍ دارت رحاها؛ بل يقاتلون حتى يُقتلوا أو ينتصروا على خصمهم، فهم لا يولّون الأدبار كون من يولّي الدّبر يُعتبر جباناً بالنسبة للقبائل إذا دارت المعركة رحاها.
Demikian juga pihak Al-Houthi, mereka mengetahui yang wilayah Ma'erib berlainan dengan wilayah-wilayah lain di Yamen pada keseluruhannya maupun pada perinciannya.
Ini kerana di wilayah Ma'erib, tidak ada penduduk di situ seperti penduduk-penduduk di wilayah lain yang terdiri dari kabilah-kabilah dan rakyat jelata kecuali wilayah Ma'erib, sebab kesemua penduduknya adalah kabilah-kabilah bersenjata yang memiliki kehebatan yang besar dan tidak berpaling jika perang menular.
Malahan mereka akan berperang sampai mati atau menang melawan pihak musuh, mereka tidak berpaling atau lari dari medan perang, ini kerana sesiapa sahaja yang melarikan diri dari medan perang, maka orang itu dikira pengecut mengikut kepercayaan kabilah-kabilah mereka jika peperangan berlaku.
وكذلك هم متعودون على تضاريس مأرب وحرب الصحراء والتلال، ألا وإنّ قبائل مأرب لا يحتاجون للقبائل الأخرى من مختلف المحافظات.
وما أفتيتُ أهل مأرب بالدفاع عن أرضهم وعرضهم إلا وهم أهلٌّ لها لأنّهم مسلّحون جميعاً بأحدث الأسلحة على مختلف أنواعها وعياراتها ومسوّمون ومدرّبون على فنون قتال الصحراء وتدريبهم من بيوتهم بسبب أنّ الحرب أحياناً تقرح بين قبيلةٍ وأخرى بسببِ أسبابٍ باطلةٍ وحقٍّ، فجعلهم ذلك متعوّدين على الحروب فلا تخشَ عليهم شيئاً يا علاء الدين نور الدين فهم لها بكلّ ما تعنيه الكلمة.
Lagipun mereka telah terbiasa dengan keadaan bentuk muka bumi Ma'erib, peperangan di gurun dan juga di tanah tinggi, malahan kabilah-kabilah di Ma'erib tidak memerlukan qabilah-qabilah lain dari wilayah-wilayah yang pelbagai.
Tiadalah aku fatwakan kepada penduduk Ma'erib untuk mempertahankan tanah dan maruah mereka kerana mereka sememangnya sentiasa dan siap sedia mempertahannya, sebab keseluruhan mereka itu bersenjata dengan senjata yang terkini dalam segala bentuk dan ukurannya, mereka juga pembuat kekecohan dan terlatih dalam seni perang gurun.
Latihan mereka dilakukan di rumah-rumah mereka kerana terkadang peperangan meletus antara satu kabilah dengan kabilah yang lain, disebabkan oleh faktor-faktor yang salah dan yang betul, ini membuatkan mereka telah terbiasa dengan peperangan dan tidak rasa takut pada peperangan wahai Aladdin Noor Al-Deen, sudah pasti mereka mampu untuk berperang dalam erti kata yang sebenar.
ولكن الذي يحزنني أنّ سفك الدماء حتماً سوف يسيل على صحراء مأرب من دماء الحوثيين وقليلٌ من دماء قبائل مأرب الأبيّة، ولكن القتل الزائد ونهر الدماء حتماً سوف يسيل من المهاجمين الحوثيين لأسبابٍ شتى ومنها عدم تعودهم على قتال تضاريس مأرب، وثانياً: دائماً أكثر القتل وسفك الدماء يسيل من المهاجم كونه مكشوفاً وأمّا المدافع فهو متحصنٌ غير أنّه لا يردّ عنه الموت تحصنه، وحياة المهاجم والمدافع هي بيد الله كتاباً مؤجلاً، وإنما نأخذ بالأسباب ونتوكل على الله.
- Tetapi yang membuat aku merasa sedih, adalah darah yang kelak akan mengalir di gurun Ma'erib dari pihak Al-Houthi dan sedikit dari darah kabilah Ma'erib yang jadi kebanggaan.
Namun yang lebih banyak terbunuh dan sungai darah mengalir pastinya dari para penyerang Al-Houthi untuk pelbagai sebab; iaitu mereka tidak biasa berperang di Ma'erib, dan keduanya: kebanyakkan yang terbunuh adalah dari penyerang kerana mereka terdedah dan tidak dilindungi. Adapun untuk yang mempertahankan diri, maka dia terlindung namun kematian tidak dapat dihalang darinya dengan perlindungan itu.
Nyawa yang menyerang dan yang mempertahankan diri adalah di tangan Allah yang telah ditentukan. Sudah pasti kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga dan hanya kepada Allah kita bergantung dan bertawakkal.
ويا أحبتي في الله الأنصار السابقين الأخيار، لا ينبغي لكم أن تقاتلوا تحت راية أحدٍ إلا تحت راية الإمام المهديّ إن استنفركم للقتال، ولكني لم أستنفركم شيئاً أحبتي في الله فلا يهاجر منكم أحدٌ ليقاتل مع أهل مأرب، فلا تخافوا عليهم بل هم لها (وقدها وقدود)، فاستمروا بدعوتكم لهدى الأمّة. ولم أقُم بإعدادكم روحياً من أجل القتال والدفاع عن قبيلتي ومحافظتي حتى ولو كان ذلك حقّاً للإمام المهديّ لو أستنفركم، ولن نستنفركم بإذن الله من قبل الظهور إلا أن نُجبر على ذلك للدفاع عن الإمام المهدي فلكلّ حادثٍ حديثٌ أحبتي في الله.
Wahai kekasihku di Jalan Allah para anshar terdahulu yang terbaik, kalian tidak perlu berperang di bawah panji sesiapa kecuali di bawah panji Imam Mahdi jika dia menggerakkan kalian untuk berperang. Tetapi kekasih-kekasihku dalam Kecintaan Allah, tidak aku arahkan kalian apa-apa pun para kekasihku, maka jangan ada seorangpun dari kalian berhijrah untuk berperang bersama dengan orang-orang Ma'erib.
Janganlah kalian khuatir dan risaukan mereka, kerana mereka sangat bersedia untuknya malah lebih lagi, jadi teruskanlah seruan dakwah kalian untuk memberi petunjuk pada umat. Aku tidak persiapkan kalian dari segi kerohanian untuk kalian berperang dan mempertahankan kabilah ku dan juga wilayah ku, walaupun Imam Mahdi berhak berbuat demikian jika Imam Mahdi mengarahkan kalian.
Namun kami tidak akan mengarahkan kalian dengan izin Allah sebelum kemunculan Imam Mahdi, kecuali jika kami terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan Imam Mahdi. Setiap kejadian ada beritanya wahai kekasihku di jalan Allah.
ولكنه لم يعترض أحدٌ على الإمام المهديّ وحرسه، فلا يعترضنا الحوثيون ولا يعترضنا تنظيم القاعدة ولا يعترضنا أحدٌّ بفضل من الله ورحمته، ونحن على جاهزيّةٍ عاليّةٍ للدفاع عن أنفسنا لئن أُعتدي علينا، ولينصرن الله من ينصره، إنّ الله قويٌّ عزيزٌ. وبإذن الله لا نضطر إلى ذلك ونأخذ بالأسباب ونتوكل على الله، فلا تستعجلوا ولكلّ حادثٍ حديثٌ أحبتي في الله. فإن استنفركم الإمام المهديّ فانفروا إلا على قومٍ بينكم وبينهم ميثاقٌ فأتمّوا عهدهم إلى مدتهم ولا ينبغي لكم أن تنكثوا الوعود وتنقضوا العهود والمواثيق كما يفعل الحوثيون هداهم الله.
Tetapi tidak ada sesiapa yang menceroboh Imam Mahdi dan pengawal-pengawalnya, begitu juga Al-Houthi tidak memintas dan mencerobohi kita, begitu juga dengan pertubuhan Al-Qaida, tidak ada yang menceroboh kita dengan kurniaan Allah dan kasih sayang-Nya.
Kami dalam persediaan yang tinggi untuk mempertahankan diri kami jika ada yang melampaui batas terhadap kami. Pastinya Allah akan menolong sesiapa yang menolong-Nya, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa, dan dengan Keizinan-Nya kita tidak dipaksa ke arah itu, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan dengan penuh kepercayaan kita bergantung kepada Allah dan bertawakkal kepada-Nya.
Maka janganlah kalian tergesa-gesa kerana setiap kejadian ada beritanya wahai kekasihku di jalan Allah. Jika Imam Mahdi menggerakkan kalian, maka majulah ke hadapan, kecuali terhadap orang-orang yang di antara kalian dan mereka ada perjanjian setia, hendaklah kalian penuhi janji mereka sehingga batas waktunya.
Tidaklah patut kalian melanggar perjanjian tersebut dan membatalkan perjanjian sebagaimana yang Houthi lakukan. Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada mereka.
ويا أحبتي في الله لا تقلقوا على إمامكم فمن ورائه قبيلةٌ فيها أكثر من عشرين ألفَ مقاتلٍ لو استدعيناهم للدفاع عن الإمام المهديّ لحضروا جميعاً للدفاع عن شخص الشيخ ناصر محمد بغض النظر هل هو المهديّ المنتظر أم لا؛ بل سيحضرون للدفاع عن الشيخ ناصر محمد على حدّ سواء بدافع غيرة الحميّة القبليّة، وتلكم قبيلة مراد للخصم بالمرصاد. ألا وإنّ الحميّة التي أودعها الله في قلوب أبناء القبائل مشكلتهم حميّة الجاهليّة كون استنفار القبائل للدفاع عن فردٍ من أفراد القبيلة أو الانتقام له من الآخرين أحياناً يكون صاحبهم على باطلٍ فتلك هي حميّة الجاهليّة الأولى، كون منهم لا ينظر للحقّ أو الباطل؛ بل يحضر للدفاع عن صاحبه بغض النظر كان على حقٍّ أم على باطلٍ، فتلك هي حميّة الجاهليّة العمياء أن ينصر أفراد القبيلة بعضهم بعضاً سواء يكون الشخص على الحقّ أم على باطل! ولكن المفروض إن وجدوه على حقٍ قوّموه وإن وجدوه على باطلٍ منعوه، ويتميّز بهذه الصفة قبيلة مراد وتلكم قبيلة مراد للخصم بالمرصاد. وشكراً أحبتي في الله فلا تنسوا أنّ إمامكم بأعين الله.
Wahai kekasih ku di jalan Allah, janganlah kalian risaukan Imam kalian, kerana di belakangnya ada kabilah yang dalamnya terdapat duapuluh ribu para pejuang, yang mana jika kami hantar mereka untuk mempertahankan Imam Mahdi, mereka akan datang serentak demi mempertahankan Sheikh Nasser Mohammad samada dia benar-benar Mahdi yang di tunggu atau tidak;
Malahan mereka akan mempertahankan Sheikh Nasser Mohammad bersama-sama dengan semangat kabilah-kabilah untuk melindungi, mereka itulah kabilah Murad, terhadap musuh mereka sangat waspada.
Ingatlah bahawa semangat besar yang Allah tanamkan dalam hati anak-anak kabilah akan menjadi masalah buat mereka yakni semangat kesombongan jahiliyah, sekiranya ketajaman perhatian dan kesiagaan kabilah-kabilah itu untuk mempertahankan seseorang dari anggota kabilahnya, atau untuk membalas dendam kerananya terhadap yang lain, terkadang dapat membuatkannya berada dalam kesalahan.
Itulah semangat kesombongan jahiliyah orang-orang dahulu, kerana ada antara mereka yang tidak melihat benar atau salah; bahkan mereka datang untuk mempertahankan rakannya tanpa melihat adakah rakannya itu benar atau salah, itulah semangat kesombongan jahiliyah yang buta, yakni anggota kabilah saling bantu membantu tanpa melihat adakah yang dibantunya itu benar atau salah
!
Padahal yang wajib dilaksanakan adalah jika dia benar kita beri sokongan padanya, dan jika dia salah kita cegah dia dari terus melakukan kesalahan, yang miliki karakter dengan ciri-ciri tersebut adalah kabilah Murad, terhadap musuh mereka sangat waspada, terima kasih para kekasihku di jalan Allah, janganlah kalian lupa bahawa Imam kalian dalam penjagaan Allah.
وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين ..
أخوكم؛ الإمام المهديَّ ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para utusan dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Saudara kalian; Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani.
__________
Orang-orang Lelaki Di Sekitar Al Imam Al Mahdi..
اقتباس المشاركة 254676 من موضوع Analisis Politik Berbahaya Terhadap Nasib Masyarakat Arabia Dan Islam
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..